in

“Laa kembar ke”-[VIDEO] Dah Macam Kanak-Kanak Jepun & Korea, Pasangan Kembar Unik Ini Curi Perhatian Netizen

Cats 92

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membesarkan anak-anak terutamanya anak kembar merupakan pengalaman yang mencabar sebab kena jaga dua bayi sekali gus dalam waktu yang sama. Bila dengar bayi kembar, orang mesti ingat diorang akan sama dari segi luaran terutamanya muka sampai ada yang tak boleh bezakan kembar itu.


Tapi berbeza pula dengan kisah sepasang kembar ini sebab diorang berdua ada perbezaan yang ketara. Ada yang tak sangka pun diorang itu kembar sebenarnya.

 

Sorang Korea, sorang Jepun

Menerusi satu perkongsian video oleh Eya Anis yang dimuat naik di Tiktok baru-baru ini, dia berkongsi kisah tentang anak kembarnya yang bernama Solehin dan Asyraf.

@eyaanis

kembr xserupo langsung sore Korea sore Jepun

♬ Aduh Mamae (MFMF. Remix) – E J A M

Pasangan kembar unik ini tak nampak macam kembar pun sebab diorang berdua ada perbezaan yang ketara. Sorang berambut hitam, sorang lagi rambut warna blonde macam anak kacukan sejak lahir. Mesti orang ingat dia anak mat salleh.

“Kembar tak serupo langsung sore Korea sore Jepun.”

Walaupun berbeza dari segi luaran, pasangan kembar yang kini sudah berusia 6 tahun itu cukup rapat, bak kata pepatah bagi isi dan kuku.

Kembar

 

Ada yang sangka salah seorang albino

Bila tengok sekali imbas, tak ramai yang perasan diorang ini sebenarnya kembar. Dan boleh dikatakan ramai yang terkejut bila dapat tahu diorang berdua adalah pasangan kembar.

Ada juga yang sangka salah seorang daripada pasangan kembar itu adalah albino sebab rambut dia warna blonde.

“Dia tak ada apa-apa masalah kesihatan pun, dia normal je cuma warna rambut dia je yang macam mat salleh.”

Whatsapp Image 2021 06 25 At 1.36.28 Pm

Capture 62

Jarang kita nampak kembar tak sama. Selalu kalau kembar ni buat kita pening sebab tak boleh bezakan yang mana satu.

 

Sumber: Eya Anis

Baca:[Video] Wali Tersasul Sebut Nama Kembar, Pengantin Perempuan Siap ‘Kipas’ Tangan Ketika Akad Nikah

Capture 61

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.