Kecoh di media sosial hari ini mengenai sebuah klip video yang menunjukkan pelawak wanita Singapura mengutuk Malaysia ketika membuat jenaka dalam satu persembahan di Comedy Cellar, New York.
Wanita yang dikenali sebagai Jocelyn Chia membuat persembahan komedi membandingkan Malaysia dan Singapura, namun ia dilihat lebih kepada merendah-rendahkan pembangunan dan rakyat di Malaysia, selain mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang penonton yang berasal dari negara ini.
Menerusi video berdurasi 1 minit 30 saat itu, pada awalnya dia membuat jenaka mengenai sejarah Malaysia berpisah dengan Singapura.
https://www.tiktok.com/@jocelynchiacomedy/video/7241513229715901738
“Selepas 40 tahun kami (Singapura) sudah menjadi sebuah negara bertaraf dunia. Manakala kamu (Malaysia)…di mana kamu sekarang? Masih sebuah negara yang sedang membangun,” katanya dengan wajah sinis.
Buat jenaka tragedi kehilangan MH370
Kemudian, jenakanya juga dilihat mempermainkan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, selain merendahkan capaian internet di negara ini.
“Kami tahu dan tanya kenapa sudah 40 tahun tidak melawat kami dan jawapannya ‘pesawat kami tidak boleh terbang.’
“Pesawat Malaysia Airlines hilang tak kelakar ke?” selorohnya.
Jenaka keterlaluan pelawak terbabit telah mengundang kemarahan netizen Malaysia yang merasakan tidak perlu menjadikan sesuatu tragedi sebagai bahan jenaka.
Dalam pada itu, ramai yang menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelawak terbabit yang dilihat menyentuh isu sensitiviti negara.
Setakat artikel ini ditulis, hasil semakan di Instagram Jocelyn mendapati belum ada permohonan maaf dibuat pelawak berkenaan.
Baca: Gara-gara Persenda China Sebagai ‘Negara Pengintip’, Akaun Weibo Uncle Roger Kena ‘Banned’