Beribu-ribu umat Islam telah berhimpun di seluruh negara Asia Selatan termasuk India, Bangladesh dan Pakistan berhubung kenyataan menghina Nabi Muhammad oleh dua pegawai dari parti pemerintah India, Bharatiya Janata Party (BJP).
Selepas mendapat kritikan daripada beberapa negara Arab, komen bekas pemimpin BJP Nupur Sharma mengenai Nabi Muhammad juga telah mengundang serangan siber bertubi-tubi di beberapa laman web kerajaan itu.
“Operasi khas terhadap penghinaan Nabi Muhammad”
Dalam laporan News9, polis mengenal pasti sebuah kumpulan penggodam, yang dikenali sebagai ‘DragonForce Malaysia’ dilaporkan telah melakukan serangan siber ke atas beberapa laman web milik institusi kerajaan dan swasta terkemuka di seluruh India.
Selain itu, sebuah Twitter yang dikatakan milik hacktivist tersebut, telah menyeru penggodam Muslim di seluruh dunia untuk bergabung tenaga menentang laman web India.
https://twitter.com/DragonForceIO/status/1535494435051425792?s=20&t=PThnGoG_EYT1hjtklN_bxA
Antara laman web yang terkesan termasuk Institut Sains Nagpur, Institut Pengurusan Lanjutan Pertanian Kebangsaan, Sekolah Awam Delhi dan kedutaan India di Israel.
Kumpulan itu juga mendakwa mereka mempunyai akses kepada butiran kakitangan kerajaan India dan telah membocorkan set sampel dalam akaun Twitternya.
https://twitter.com/DragonForceIO/status/1535800655298056192?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1535800655298056192%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.news9live.com%2Ftechnology%2Fcybersecurity%2Fdragonforce-malaysia-hacks-several-indian-websites-in-retaliation-to-comments-on-prophet-mohammad-175974
Penggodaman laman web itu berlaku semasa protes di beberapa bahagian negara berhubung kenyataan yang ‘tidak menyenangkan’ yang dilakukan ke atas Nabi Muhammad oleh jurucakap BJP Nupur Sharma yang kini digantung tugas dan pemimpin parti yang dipecat Naveen Kumar Jindal.
Terlajak perahu boleh diundur…
Baca: Jutaan Data Peribadi Rakyat Malaysia Didakwa Didedahkan MITI Tanpa Sedar?