in

Kubur Arwah Digali Semula, Jasad Zara Qairina Masih Berada Dalam Keadaan Utuh

Zara Qairina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kubur arwah Zara Qairina iaitu pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Sabah yang meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dalam keadaan mencurigakan di asrama sekolahnya pada bulan lalu telah selamat digali semula, petang semalam.

Zara Qairina

Pusara arwah digali semula untuk membolehkan jenazah mangsa menjalani proses bedah siasat dijalankan untuk mendapatkan keadilan buat mangsa dan keluarganya.


Menurut laporan Harian Metro, jasad arwah Zara Qairina meskipun telah dikebumikan pada 17 Julai lalu masih berada dalam keadaan baik dan utuh setelah digali semula pada semalam.

Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amanin Azral yang menyaksikan sendiri proses penggalian semula kubur untuk mengeluarkan jenazah arwah Zara semalam telah berkongsikan perkara tersebut.

Artikel berkaitan: Kubur Zara Qairina Digali Semula Hari Ini, Peguam & Polis Sahkan Proses Akan Dibuat Segera

Artikel berkaitan: Mahukan Keadilan Buat Adik Zara Qairina, Ribuan Peserta Sertai Himpunan Solidariti Di Sabah

Menurut imam masjid itu juga, keadaan jasad Zara itu juga turut disaksikan oleh pegawai dari JHEAINS Sipitang, pegawai daripada JAKIM, imam-imam dan juga polis.

Difahamkan, arwah Zara sebelum ini telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol dan proses menggali semula selesai sekitar satu jam selepas ia dimulakan pada jam 6 petang pada Sabtu.

Proses bedah siasat jasad Zara Qairina difahamkan dijalankan pada 9 pagi hari ini.

Jasad Zara Qairina juga telah menjalani proses CT scan atau proses imbasan tomografi berkomputer malam tadi sebaik sahaja tiba di hospital, lapor Sinar Harian.

Semoga ada keadilan buat arwah Zara Qairina. 

Sumber: Harian Metro

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.