Pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin cukup mengejutkan orang ramai.
Ramai yang mengenali perwatakan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang tegas dan lantang bersuara seperti mana yang kita saksikan di Parlimen.
Namun, selepas berita pemergiannya awal pagi tadi, satu demi satu pengalaman peribadi orang ramai mula dikongsi di media sosial, mendedahkan sisi berbeza Allahyarham yang jarang diketahui umum.
Artikel berkaitan: Zizie Izette Tak Mampu Tahan Sebak Ketika Tatap Suami Buat Kali Terakhir
Artikel berkaitan: Belasungkawa Bung Moktar Radin: Perginya Tokoh Berpengaruh Politik Sabah
Kebaikan Bung Moktar dikenang
Seorang pengguna TikTok berkongsi pengalaman peribadinya ketika menjaga Allahyarham semasa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.
Menurutnya, sepanjang tempoh Bung Moktar dirawat, Allahyarham banyak meluangkan masa dengan melakukan ibadah termasuk mengaji al-Quran dan menunaikan solat sunat.
Dia turut menceritakan bagaimana perbualan ringkas bersama Allahyarham meninggalkan kesan mendalam apabila sifat peribadi Bung Moktar jauh berbeza daripada persepsi umum.
“Saya pernah tegur dia cakap Datuk rupanya warak juga kan, masa tu dia gelak saja kata takpa orang luar ramai bilang dia jahat tapi berbeza sungguh apa yang saya nampak depan mata,” tulisnya.

Satu lagi perkongsian daripada seorang pengguna mendedahkan dia pernah berjumpa Allahyarham di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2021 ketika sedang berdepan masalah kewangan untuk membayar yuran pengajiannya.
Dia ketika itu mencuba nasib berkongsi masalahnya dan tidak menyangka Allahyarham terus memberikan wang untuk meringankan bebannya.
“Dia bagi on the spot, siap pesan belajar baik-baik. Dia bagi nombor telefon dia. Alhamdulillah aku grad PhD,” katanya yang turut menambah Allahyarham seorang yang lembut dalam berbicara.
View on Threads
Kehilangan figura politik itu memberi kesan besar apabila orang ramai menzahirkan rasa sebak atas berita itu.
Sumber: Threads
