Produk daripada jenama Duck milik Datin Vivy Yusof nampaknya tidak pernah lari dari kecaman netizen selepas ia sekali lagi mendapat kritikan kerana dilabel ‘overpriced’ dan kualiti barang tidak kena dengan harga yang ditetapkan.
Perkara ini diluahkan oleh seorang pengguna TikTok bernama @thekhanz yang mendakwa peralatan mewarna ‘paint-by-number’ yang dikeluarkan Duck baru-baru ini agak mahal dan tidak begitu eksklusif.
https://www.instagram.com/p/CR51Mv7gCdF/
“It’s the same thing dengan yang korang beli dari China”
‘Paint-by-number’ Kit The Blooming dari Duck ini datang dengan sekeping kanvas, set warna akrilik, dua batang berus dan dua cangkuk dijual dengan harga RM220.
Namun pengguna TikTok The Khan yang tidak puas hati dengan harga tersebut mendedahkan rupa-rupanya set ‘paint-by-number’ dengan kualiti yang serupa hanya dijual dengan harga RM35 di platform beli belah online yang mana datangnya dari China.
@thekhanz my blood is boiling ❤️ #dUCk #duckscarves #fashionvalet #fyp
Hmm sounds familiar? It’s basically the same dengan korang beli kat Shopee. The one yang from China.
“It’s the same except the box lah,” katanya.
“You can’t afford this it means you’re not their target market”
Dikritik mengatakan dia bukanlah ‘target market’ kepada jenama Duck, The Khan kembali membuat satu video lagi untuk menjawab dakwaan netizen tersebut.
Menurutnya, jika produk tersebut dijual atas nama ‘branding’ mengapa set yang dijual itu sama seperti yang ada di pasaran.
Sekurang-kurangnya menurut The Khan, pihak Duck patut menukar berus dan cat arkrilik di dalam kit tersebut dengan barangan yang lebih berkualiti dan mempunyai logo jenama tersebut.
@thekhanz Reply to @aniswang if we take out the items from the box, we wouldn’t know it’s from the ✨brand✨ #dUCk #duckscarves #branding #fyp
“Akhirnya ada juga orang cakap! Duck memang ‘overpriced'”
Ramai di kalangan netizen nampaknya setuju dengan pandangan lelaki di video TikTok tersebut dan mengakui barangan dari Duck memang sangat mahal dan tidak setanding dengan kualitinya.
Malah mereka juga berharap Duck patut perbaiki keluaran produk ‘paint-by-number’ ini dengan mengubah berus cat kepada yang lebih berkualiti dan mempunyai logo Duck ataupun collaborate dengan brand tempatan lain untuk menghasilkan produk yang lebih eksklusif.
Mungkin pihak Duck boleh take note dengan apa yang diutarakan bro ni dan boleh keluarkan lagi produk yang lebih baik di masa akan datang.
Baca: Jenama Vivy Yusof, dUck Sekali Lagi Dituduh Plagiat Jenama Tudung Instant Terkenal, Bokitta