in

Kronologi Pembunuhan Model Hong Kong Abby Choi, Polis Suspek Bekas Suami & Mertua Terlibat?

Collage 12

Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Berita mengenai pembunuhan model dan influencer Hong Kong, Abby Choi telah menggemparkan dunia lebih-lebih lagi selepas dapat tahu bekas suami dan mertuanya turut terlibat dalam kes ini. Jom ikuti kisah penuh yang berlaku terhadap model malang ini.

Siapa Abby Choi?

Abby Choi adalah seorang pempengaruh fesyen yang mempunyai lebih 80,000 pengikut di Instagram.

Model ini mula dikenali di peringkat antarabangsa selepas dia dinobatkan sebagai style icon oleh L’Officiel Monaco dan dianggap sebagai sosialit terkenal kerana sering hadir ke pertunjukan fesyen di Paris bersama selebriti-selebriti terkenal.

https://www.instagram.com/p/CorCxMiSHbn/?hl=en

Kronologi pembunuhan Abby Choi

Pada 21 Februari lalu, satu laporan polis telah dibuat mengatakan bahawa Abby telah menghilangkan diri selepas dia gagal mengambil anak perempuannya dari sekolah.

Difahamkan, bekas abang ipar Abby, Anthony Kwong merupakan pemandu peribadinya dan bekas rakan kongsi, ketika hari kejadian, Anthony telah membawa wanita ini untuk mengambil anaknya sebelum bekas suaminya Alex Kwong Kong-chi menyertai mereka menaiki kenderaan tersebut.

Screenshot 2023 02 25 At 9.15.54 Pm
Anthony kwong

Menurut laporan media tempatan, Abby dan bekas suaminya ini didakwa telah bertengkar di dalam kereta sehingga wanita ini mengalami kecederaan parah dan menyebabkan dia berada dalam keadaan tak sedarkan diri.

Ekoran itu, dua beradik ini kemudiannya membawa Abby ke sebuah rumah yang disewa oleh bapa mereka yang terletak sejauh 18 batu dari pusat bandar.

Screenshot 2023 02 26 At 10.04.01 Am
Alex kwong

Satu rakaman CCTV telah ditemui menunjukkan dua kereta Toyota berwarna putih dilihat dipandu ke rumah tersebut menyebabkan pihak polis membuat serbuan ke sana.

Ketika serbuan dibuat, pihak polis telah menemui sepasang kaki milik seorang wanita di dalam peti sejuk. Kad pengenalan, kad kredit dan beberapa barang peribadi milik mangsa turut ditemui di rumah tersebut.

Tak cukup dengan itu, Superitendan Polis Alan Chung turut memberitahu beberapa tisu manusia turut ditemui di dalam periuk sup.

Kami menemui rumah tersebut telah disusun dengan teliti oleh pembunuh-pembunuh kejam ini.

“Beberapa alat yang digunakan untuk mengerat mayat manusia turut ditemui di dalam rumah tersebut termasuk pengisar daging, gergaji, baju hujan, sarung tangan dan pelitup muka.”

Semalam, dua hari selepas pihak polis menemui sebahagian anggota badan milik Abby Choi, mereka kini berjaya menemui kepalanya di dalam salah satu periuk sup.

Menurut laporan dari forensik, kepala mangsa ditemui bersama tulang rusuknya. Tengkorak tersebut dikatakan berada dalam keadaan sempurna namun terdapat sekurang-kurangnya satu cubaan untuk menghancurkannya.

Tak cukup dengan itu, rambut mangsa juga tidak lagi melekat pada tengkorak yang telah pun dimasak bersama sejumlah daging cincang beserta lobak merah dan hijau.

Pihak polis di sana masih lagi meneruskan pencarian tangan dan badan milik mangsa yang masih lagi dilaporkan hilang.

Untuk pengetahuan korang, pihak polis telah pun menahan bapa mertua Abby dan bekas abang iparnya itu sebelum menahan bekas suaminya Alex yang cuba melarikan diri ke pulau berdekatan menaiki bot.

Screenshot 2023 02 26 At 12.51.30 Am
Bapa mertua

Ketiga-tiga suspek ini telah didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh manakala ibu mertua Abby pula didakwa telah menghalang keadilan.

Baik dengan keluarga mertua lepas bercerai

https://www.instagram.com/p/CozT0CKDZGS/?hl=en

Abby Choi yang memiliki kekayaan yang dianggarkan sebanyak HK$100 juta (RM56,909,180) mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga mertuanya sebelum sering bergaduh mengenai harta.

Difahamkan, Abby yang merupakan waris kepada keluarga yang mempunyai perniagaan yang sangat menguntungkan di China telah berterusan menyara bekas suaminya selepas bercerai.

Malah, wanita ini turut membayar apartment mewah yang diduduki oleh ibu dan bapa mertuanya.

Dikatakan, perbalahan antara mereka ini tercetus apabila Abby telah membantu bekas abang iparnya untuk menjual apartmentnya berharga RM35 juta.

Anthony mempunyai pemilikan nama ke atas apartment tersebut namun bayaran ditanggung oleh Abby. Peguam telah memberitahu model tersebut bahawa dia boleh mendapat keuntungan dari penjualan rumah tersebut sekiranya dia boleh membuktikan bahawa dia telah menanggung kos pembayaran.

Pihak polis percaya, bapa mertua Abby yang juga seorang bekas anggota polis merupakan dalang yang membuat perancangan pembunuhan ini.

Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya sering bertengkar mengenai hal kewangan melibatkan jumlah yang besar. Salah seorang dari mereka tak berpuas hati dengan cara mangsa menguruskan asetnya sehingga menjadi motif pembunuhan.”

Kes ini akan dihadapkan ke mahkamah pada 27 Februari hari ini.

Sumber: Mirror, DimSum Daily, SK Pop, Mothership

 

Baca: Polis Thai Bakal Kesan ‘Dalang’ Disebalik Akaun Tangmo Dalam Masa Seminggu

Collage 21