Kehangatan temasya Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun kini dirasai diseluruh dunia. Walaupun temasya sukan yang dijadualkan berlangsung tahun lepas terpaksa ditangguh akibat pandemik, kemeriahan upacara pembukaan semalam tetap berlangsung dengan cara tersendiri yang amat menghiburkan.
Semasa upacara itu berlangsung, pihak penganjur mengumumkan semua sukan yang dipertandingkan melalui cara yang paling kreatif. Mungkin korang pernah tengok ‘Masquerade’, rancangan TV dari negara matahari terbit yang ditayangkan di stesen TV tempatan sebelum ini. Dengan menggunakan konsep dari rancangan TV tersebut, pihak penganjur juga menggunakan cara itu bagi memeriahkan suasa. Korang boleh tengok video @ayshardzn kat bawah ni.
https://twitter.com/ayshardzn/status/1418583099445694472
Kreatif betul!
Fuhh… min tengok effort yang pihak penganjur bagi memang level lain. Min rasa yang buat masquerade tu mesti penat nak main semua sukan dalam masa yang singkat macam tu. Apa-apa pun memang terbaik lah, hebat!
Dulu min pun selalu tengok Masquerade ni sementara tunggu turn nak mandi. Punya seronok tengok meter dia naik lepas orang habis buat persembahan. Ni level olimpik ni takde meter, pingat emas terus.
Memang nice, min tengok banyak kali pun tak bosan. Selalu tengok orang buat Masquerade tu satu scene je, yang ni dorang tapau semua scene dari mula sampai habis.
Betul, kreatif gila! Memang idea yang bagus dari pihak penganjur untuk inculde Masquerade dalam upacara pembukaan sukan olimpik. Nampak simple, tapi satu dunia terhibur. Respect!
Baca: Kenali Hamako Mori, Gamer & Youtuber Tertua Dunia Berusia 90 Tahun