in

Korban Banjir Pertama! Dihanyutkan Arus Deras, Mayat Lelaki 58 Tahun Ditemui Tapi Anak Masih Hilang

ft korban banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bapa berusia 58 tahun dan seorang anak lelakinya hilang dibawa arus deras semasa meredah banjir di Kampung Gintong, kira-kira 100 meter dari Kuantan, malam tadi. Kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama dua orang lagi anak lelakinya berjalan pulang ke rumah selepas memindahkan kereta ke kawasan tinggi.

Menurut Harian Metro, mayat Zulkarnain Hitam yang juga kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut telah pun ditemui pada pagi ini namun anaknya Ukai Iskandar, 23, yang merupakan penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang masih belum dijumpai.


https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1345933099025121280?s=21

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan berkata,

Kesemua mereka difahamkan berjalan kaki dari Kampung Gintong untuk pulang ke rumah di Taman Perdana yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi tempat Iskandar meletak kenderaan semasa kejadian berlaku.”

Dua anak lelaki Zulkarnain berusia 15 dan 13 tahun ketika itu berjaya diselamatkan oleh orang awam. Operasi mencari Ukai dimulakan pada kira-kira jam 11 malam tadi dan terpaksa dihentikan pada jam 3.30 pagi kerana cuaca semakin buruk.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dengan perkembangan banjir dan sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa sepanjang musim banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Baca: ‘Mana Rahijan?’ – Lelaki Dihanyutkan Arus Deras Bersama Kereta, Pasukan SAR Hanya Jumpa Kereta Tanpa Pemandu

FT BANJIR KERETA FINAL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.