Sebuah restoran piza iaitu US Pizza Malaysia baru-baru ini memaklumkan bahawa jenama mereka iaitu ‘US’ membawa maksud ‘Kita’ di dalam bahasa Melayu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pemilik cawangan iaitu Dr Mohd Sobree Ali menerusi satu kenyataan rasmi.
Dalam kenyataan itu turut memaklumkan bahawa restoran makanan tersebut adalah milik syarikat tempatan.
Artikel berkaitan: “Tak pernah jamah makanan barat” – Pelajar Menangis Terharu Pertama Kali Makan Piza
Dalam perkembangan terbaharu, US Pizza bercadang mahu melakukan penjenamaan semula dengan menukar namanya kepada Kita Pizza yang membawa pendekatan lebih dekat dengan masyarakat tempatan.
Bagaimanapun, perkara itu akan dilakukan sekiranya hantaran yang dimuat naik itu mencecah 10,000 komen dan juga tanda suka.
View this post on Instagram
Bukan itu saja, slogan jenama tersebut juga akan ditukar kepada bahasa Melayu iaitu Pizza Professional yang sebelum ini menjadi ‘The Pizza Professionals’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan US Pizza dan berharap makanan segera itu menukar nama mereka.
Ada yang turut mencadangkan jenama itu ditukar kepada MY Pizza yang membawa maksud Malaysia Pizza atau ‘pizza milik saya’ jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu.
Dalam hantaran yang berasingan, restoran piza itu turut mengadakan promosi ‘Buy 1 Free 1’ dan akan menyalurkan RM1 daripada setiap resit pembelian kepada badan amal kemanusiaan Palestin.
Sumber: Instagram