in

Korang Boleh Dibayar Sampai RM900 Dengan Hanya Buktikan Sama Ada Hartanah Di China Berhantu Atau Tidak

Rumah Berhantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di negara Asia, kadangkala agak susah untuk sesebuah hartanah itu terjual jika ada beberapa perkara kurang menyenangkan seperti ada kes pembunuhan berlaku di situ. Ada beberapa faktor yang menyebabkan hal ini berlaku seperti menganggap lokasi itu dihantui roh si mati atau ia membawa nasib malang.


1400966918898 E1637381372805
Gambar hiasan

Mengambil kesempatan akan masalah berkenaan, sebuah kumpulan freelancers di China telah diwujudkan khas untuk membuktikan sama ada sesebuah hartanah itu berhantu atau tidak.

Lapor South China Morning Post, dikenali sebagai tester rumah berhantu, freelancers ini selalunya akan diupah oleh ejen hartanah, pemilik atau bakal pembeli untuk memastikan hartanah mereka tidak diganggu unsur-unsur mistik. Difahamkan, kumpulan freelancers ini kebiasaannya akan dibayar 1 yuan (RM0.65) setiap minit dan mampu mengaut sehingga lebih 1,440 yuan (lebih RM900) jika mereka bersetuju untuk bermalam di lokasi itu selama 24 jam.

News Haunted Old House E1637381788866
Gambar hiasan

Menurut seorang pesara tentera, Zhang, yang kini bekerja sambilan sebagai tester rumah berhantu, pekerjaan ini ada pelbagai cabarannya yang tersendiri.

“Kadangkala kami (tester rumah berhantu) perlu pergi ke daerah atau negeri lain untuk bekerja dan permintaannya pula tak terlalu tinggi. Setiap tahun, saya biasanya dapat satu job saja,” katanya.

Jelas Zhang lagi, kliennya terdiri daripada ejen hartanah dan klien yang mahu menjual atau membeli rumah yang ditakuti berhantu.

“Pembeli baru tak berani nak tidur di situ jadi, mereka sanggup mengupah orang lain untuk cuba terlebih dahulu. Kami akan menggunakan video call untuk berhubung dan saya perlu periksa setiap sudut rumah semasa video call bersama klien.”

1D27C1Fbcf6A597C037753F8F6B7921Add32C99E5199C0D719Bb00483Cf29299. Ri E1637381968605
Gambar hiasan

Kata Zhang lagi, walaupun ramai rakan-rakannya menganggap kerja sambilannya itu amat mudah, tak semua daripada mereka mampu untuk bertahan lama. Zhang mendedahkan ada rakan-rakannya yang terus berhenti membuat kerja sambilan itu selepas kali pertama melakukannya kerana terlalu takut.

Sementara itu, ada seorang tester rumah berhantu dari wilayah Suzhou, timur China ada membuat live stream selama 24 jam di dalam sebuah rumah yang bakal dilelong. Difahamkan, rumah itu sepatutnya dijual dengan harga 2.2 juta yuan namun dilelong dengan harga bermula 1.2 juta yuan susulan pemilik sebelumnya membunuh diri di situ.

Meskipun live stream berkenaan menarik 56,000 tontonan, tiada sesiapa yang menyertai lelongan terbabit.

Sumber: South China Morning Post

Baca: Syarikat Tawar RM5,377 Untuk Satu ‘Gig’, Cuma Tonton 13 Filem Seram Ini Dalam Masa 9 Hari!

Horror Movie E1637380089107

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.