in

Syarikat Tawar RM5,377 Untuk Satu ‘Gig’, Cuma Tonton 13 Filem Seram Ini Dalam Masa 9 Hari!

Horror Movie E1637380089107

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin benda ini akan buat korang rasa macam it’s too good to be true, tapi memang ada sebuah syarikat yang mencari peminat filem seram untuk menonton 13 horror movie dalam masa 9 hari dan menawarkan satu kali bayaran berjumlah USD$1,300 (RM5,277).


Horror Movie Girls E1631415758336
Gambar hiasan

Memetik laporan portal UPI, FinanceBuzz, sebuah syarikat penasihat kewangan mengumumkan pada 9 September lalu yang pihak mereka sedang mencari ‘Horror Movie Heart Rate Analyst” untuk menonton 13 filem seram yang berbeza bajet. Sesiapa yang terpilih akan diberi tempoh dari 9 Oktober 2021 sehingga 18 Oktober 2021 untuk melengkapkan tugasan.

Difahamkan, tujuannya adalah untuk membandingkan rasa takut seseorang menonton filem seram berbajet besar dan filem seram berbajet rendah. Individu yang terpilih akan dihantar alat FitBit untuk merekod kadar degupan jantung semasa menonton filem seram.

“Mereka yang terpilih untuk gig ini akan dibayar USD$1,300 (RM5,377) atas usaha mereka. Kami juga akan bekalkan FitBit untuk dipakai semasa menonton filem. Gift card bernilai USD$50 (RM206.82) juga akan diberikan bagi menampung kos menyewa filem Anda juga perlu menilai filem-filem berdasarkan bajet produksi,” tulis FinanceBuzz menerusi laman web mereka. 

French Horror Movies E1631415835384
Gambar hiasan

Berikut merupakan senarai 13 filem yang perlu ditonton mana-mana calon yang berjaya:-

  1. Saw
  2. Amityville Horror
  3. A Quiet Place
  4. A Quiet Place Part 2
  5. Candyman
  6. Insidious
  7. The Blair Witch Project
  8. Sinister
  9. Get Out
  10. The Purge
  11. Halloween (2018)
  12. Paranormal Activity
  13. Annabelle

Menerusi laman web FinanceBuzz, tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 September 2021 pada tengah malam. Calon yang terpilih akan diumumkan pada 1 Oktober 2021 menerusi emel.

Pun begitu, gig ini hanya terbuka pada mereka yang tinggal di Amerika Syarikat sahaja dan perlulah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

Sumber: UPI, FinanceBuzz

Baca: “Ramai anggap rekaan semata-mata tapi..” – 10 Filem Seram Ini Diadaptasi Daripada Kisah Benar

Filemseram2 E1631413573557

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.