Malam tadi, konsert Dato M.N45ir Cipta 2 telah berlangsung dengan meriah di Axiata Arena. Meninjau ke platform media sosial X, rata-rata penonton konsert tersebut mengatakan mereka berpuas hati dengan setiap persembahan di konsert M Nasir itu.
Namun, apa yang menjadi perhatian ialah konsert M Nasir tersebut telah memberi kejutan kepada penonton apabila M Nasir mengakhiri persembahannya dengan menyanyikan lagu raya popular beliau, Satu Hari Di Hari Raya.
Memetik laporan Harian Metro, penonton juga terkejut kerana mereka turut mendapat duit raya daripada penganjur konsert tersebut, ICON Entertainment.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selalu Nampak Serius, Netizen Terhibur Tengok Dato’ M Nasir Sempoi Menari TikTok
Artikel Berkaitan : “Sedapnya suara legend” – Nyanyian Bersahaja Dato’; Hattan & Dato’ M. Nasir Terima Pujian Netizen
Seperti yang dikongsikan oleh sebuah akaun X @IniAlalalannn, ribuan sampul duit raya itu telah dijatuhkan dari bahagian atas bumbung Axiata Arena kepada penonton yang bertuah.
M Nasir sumpah random tutup konsert dengan lagu raya ? Also, ada duit raya berterbangan ya!!! pic.twitter.com/b6d8BDaC9Y
— ALAN (@IniAlalalannn) October 12, 2024
Difahamkan, idea untuk memberi duit raya itu berasal dari pemilik ICON Entertainment iaitu Iman Tang.
Difahamkan juga, dalam sampul duit raya itu, terdapat wang yang bernilai RM1.
Menurut Iman Tang, selaku penganjur, pihaknya menyediakan lebih kurang 10,000 sampul duit raya ketika konsert malam tadi.
Pada sampul duit raya itu juga tertulis, “Wang RM1 ini besar nilainya…45 tahun yang lalu”.
Best nya dapat duit raya time konsert kan, tiba-tiba rasa tak sabar pulak nak sambut raya tahun depan.
Sumber: Harian Metro, X @IniAlalalannn