1 Oktober merupakan tarikh penting bagi laluan kereta api Tadami atau Tadami Train Line yang menyambungkan wilayah Fukushima dan Niigata di Jepun.
Ini kerana, setelah dilanda ribut yang teruk sekitar musim panas tahun 2011, hampir keseluruhan laluan kereta api berkenaan terutamanya jarak 88.4 kilometer antara stesen Aizu-Wakamatsu dan Tadami telah ditutup.
Selepas lebih satu dekad, proses baik pulih tersebut akhirnya siap dan laluan tersebut akan kembali beroperasi pada awal bulan hadapan dan kini pengendali perkhidmatan terbabit JR East difahamkan sedang dalam proses menguji laluan tersebut sebelum dibuka kepada orang awam.
昨日のツイートで『列車』と表記すべきところを、誤って『電車』と表記してしまいました。お詫びして訂正いたします。 https://t.co/HnxJOM3fKX
— NHK福島放送局 (@nhk_fukushima) September 7, 2022
Berita yang menggembirakan ini sudah pastinya membuatkan media-media tempatan tak senang duduk dan ingin menjadi yang pertama kongsikan video mengenai pembukaan semula laluan berkenaan.
Salah satunya adalah stesen terkenal di Jepun iaitu NHK yang telah memuat naik sebuah video dengan kapsyen berbunyi ” Satu ujian sedang dijalankan di Tadami Line, ianya sesuatu yang menyentuh hati untuk melihat sebuah ‘densha’ (kereta api) kembali menggunakan laluan ini setelah 11 tahun ditutup”.
Kalau dibaca, tiada apa yang pelik mengenai kapsyen berkenaan. Namun, ianya telah menjadi bualan hangat dan menyebabkan stesen berkenaan dikecam hebat oleh orang ramai dan peminat kereta api.
来月1日の全線再開まであと少しです✊
只見の風景ってこれですよね~~?✨#只見線前から見るか横から見るか pic.twitter.com/69XehkGzYN— NHK福島放送局 (@nhk_fukushima) September 6, 2022
Ceritanya begini, perkataan yang digunakan NHK adalah ‘densha‘ yang merujuk kepada kereta api dan ianya bukanlah sesuatu yang salah kerana perkataan pertama yang digunakan dalam mana-mana buku teks juga menggunakan istilah densha bagi merujuk kepada kereta api.
Namun, menurut perkongsian Sora News, isitlah yang digunakan NHK adalah kurang tepat kerana walaupun kesemua ‘densha’ adalah kereta api, tetapi bukan semua kereta api adalah densha tambah mereka.
Sejurus selepas posting tersebut dimuat naik, ramai membanjiri ruangan komen dan tidak berpuas hati dengan istilah yang digunakan.
“Saya tak nampak pulak ada kabel elektrik disitu”
Istilah atau perkataan yang digunakan NHK merujuk kepada kereta api berkuasa elektrik dan kereta api di laluan Tadami adalah berkuasa diesel. Jadi menurut Sora News, sepatutnya istilah yang lebih tepat adalah ‘ressha’ yang boleh digunakan untuk kesemua jenis kereta api.
Pun begitu, pihak NHK pada keesokannya telah memohon maaf atas kesilapan mereka dan bersetuju bahawa mereka sepatutnya menggunakan perkataan ‘ressha’ dan bukannya ‘densha’.