in

Konon Bersihkan Pantai, Netizen Bengang Influencer ‘Tertinggal’ Plastik Sampah Lepas Buat Konten

ft influencer bali sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video yang menunjukkan seorang wanita dipercayai pelancong asing di sebuah pantai di Bali mengutip sampah menjadi bualan hangat di media sosial selepas tindakan dia ‘membersihkan pantai’ itu hanyalah dilakukan untuk mendapatkan pengaruh di media sosial.

Menurut video yang dikongsikan oleh sebuah akaun di Instagram tersebut, wanita itu boleh dilihat mengutip sampah dan membersihkan pantai di Bali sambil perbuatannya itu dirakam oleh seorang wanita lain yang dipercayai kenalannya.


Artikel berkaitan : 5 ‘Sisi Gelap’ Influencer Yang Ramai Tak Fikir Sebelum Jadi Viral, Betul Ke?

Artikel berkaitan : Makanan Malaysia Terlalu Sedap, Wanita Amerika ‘Geram’ Terpaksa Bandingkan Dengan Negara Lain

Namun, apa yang membuatkan ramai tidak berpuas hati adalah setelah selesai proses mengambil video atau gambar dipercayai untuk dijadikan konten di media sosialnya itu, wanita tersebut telah meninggalkan plastik sampah tersebut di pantai.

Video yang dirakam oleh Alysha Bandy tersebut ternyata mengejutkan dan dia merasakan perkara tersebut perlu dikongsikan kepada pengikutnya agar dijadikan tauladan.

Dalam masa yang sama, video berkenaan tular di Bali dan telah mengundang kecaman-kecaman netizen terhadap individu yang tidak dikenali tersebut dan lebih teruk, dia seakan-akan meraikan perbuatannya tersebut dengan tarian sebelum meninggalkan beg plastik sampah itu.

cats 43

Menerusi ruangan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan perbuatan pempengaruh berkenaan kerana menurut mereka ianya tidak beretika sambil ada juga yang menggelar individu tersebut sebagai ‘fake’ dan tidak bertanggungjawab.

Sumber : Coconuts Bali

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.