Isu perkahwinan anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania dengan pasangannya, Aslam yang hangat diperkatakan sebelum ini dilihat memberi kesan terhadap hubungan Abby Abadi dan Norman Hakim serta anak mereka.
Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali jernih setelah Abby Abadi ada menunjukkan dirinya meluangkan masa bersama keluarga ‘besar’ itu.
Artikel berkaitan : “Luka Ada Kesempatan Untuk Diubati” – Salam Menantu ‘First Time’, Marissa Bawa Aslam Jumpa Abby Abadi
Artikel berkaitan : “Tak perlu semua benda kena kongsi” -Abby Abadi Ditegur Norman Hakim Gara-gara Terlalu ‘Bercerita’
Dalam perkongsian itu, dilihat Abby Abadi dan suami, Memey Suhaiza dan Marissa bersama anak-anak mereka termasuklah Marissa dan Aslam juga dilihat bersama.
“Bukan untuk menang, kalah… Tapi tentang bagaimana mengatasi ujian2 yg ALLAH hadirkan agar kasih sayang keranaNYA. Takkan terus terpadam…Alhamdullillah, masih ada kesempatan. Terima Kasih ALLAH untuk segalanya.”
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan moral kepada Abby yang membuka hatinya untuk terima Aslam, bahkan ada juga yang turut memuji sikap Aslam yang dikatakan adil dalam memberi layanan kepada kedua-dua isterinya.
Buang yang keruh, ambil yang jenih, perkara pun dah terjadi, harap tak adalah persengketaan lagi. Amin.
Sumber : Instagram