in

“Kompang, tarian singa, gendang” – Pengantin Melayu Bersanding, Meriah Dengan Sambutan Dari 3 Bangsa

sanding 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, negara Malaysia kaya dengan keunikan daripada pelbagai bangsa terutamanya ketika menyambut hari perayaan. Sebagai contoh, tarian singa diadakan pada Tahun Baru Cina.

Kebiasaannya, sewaktu pengantin Melayu bersanding mereka akan disambut dengan paluan kompang namun, tular di TikTok semalam mengenai hari persandingan oleh dua orang pengantin berbangsa Melayu yang disambut oleh tiga bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.


Ada kompang, tarian singa, tabla

Menerusi hantaran oleh @mizieayu8878, kelihatan pasangan mempelai itu disarung dengan bunga Malai yang digunakan oleh bangsa India. Mereka sedang berdiri di luar dewan majlis sambil disambut dengan pukulan kompang serta silat oleh bangsa Melayu.

Artikel berkaitan: Pukulan Gendang India Sambut Hari Jadi Rakan Bikin Netizen Terhibur

Artikel berkaitan: “Nampak happy dia” – Terlibat Kemalangan, Pengantin Wanita Guna Troli Untuk Berjalan Pada Majlis Perkahwinan

Gabungan 1 Malaysia. Pukulan kompang, tarian singa dan pukulan tabla. – kapsyen video

Sebelum masuk ke dalam dewan, mereka berdua serta ahli keluarga disambut dengan tarian singa oleh bangsa Cina.

@mizieayu8788

Gabungan 1 Malaysia Pukulan Kompang Tarian Singa Dan Pukulan Tabla.. #BudakBecaMelakaKahwin #AbgBecaMelaka #DakMelake #TaatPadaYangSatu #1Malaysia #jarangxmerecikhawauu

♬ bunyi asal – MizieDakBecaMLK – MizieDakBecaMLK

Sambut dalam dewan

Bukan itu sahaja, suasana meriah itu disambung apabila sekumpulan lelaki India yang memukul gendang ‘urumi melam’ di dalam dewan. Rentak gendang tersebut membuatkan pengantin lelaki itu menari bersama-sama dengan tetamu lain yang hadir.

Tahniah King Dan Pasangan Semoga Kekal Hingga Ke Syurga Allah..Selamat Pengantin Baru. – kapsyen video

Semestinya, majlis persandingan itu amat meriah dan luar biasa tidak seperti kebiasaan majlis persandingan yang lain.

@mizieayu8788

Tahniah King Dan Pasangan Semoga Kekal Hingga Ke Syurga Allah..Selamat Pengantin Baru.. #BudakBecaMelakaKahwin #KiraJadiNi #MantapBudakBeca #KorangMemangOpenHabis #AbgBecaMelaka #TaatPadaYangSatu #jarangxmerecikhawauu #1MalaysiaBro #fyp #fypシ゚viral #fypage

♬ bunyi asal – MizieDakBecaMLK – MizieDakBecaMLK

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat suasana majlis itu dan berbangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

sanding 1 sanding 2

Selain itu, seorang individu berkata pengantin lelaki tersebut berketurunan Cina dan India.

sanding 7 sanding 8

Wah seronok tengok meriah macam ni..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.