in

Kluster Hentian – 7,500 Penduduk Di Sekitar Plaza Hentian Kajang ‘Dikelilingi’ Kawat Duri Bermula Tengah Malam Tadi

Ft Pkpd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan ke atas satu kawasan di Kajang bermula tengah malam tadi, seramai 7,500 penduduk yang menetap di sekitar Plaza Hentian Kajang dipagari dengan kawat duri sepanjang PKPD berjalan.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam bagi memastikan tiada penduduk yang akan keluar dan masuk dari kawasan tersebut sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD.



 

Capture 1 11 8

Kewujudan kluster Hentian ekorang 63 kes positif Covid-19 di Plaza Hentian Kajang menyebabkan halangan kemasukan ke kawasan itu kepada orang luar selama dua minggu bermula tengah malam tadi.

Kerja-kerja pemasangan kawat berduri yang bermula jam 9 malam hingga 12.30 malam tadi merangkumi tiga kilometer persegi kawasan itu dipasang oleh Anggota Tentera Malaysia (ATM).

Selain kawat berduri, kawasan itu juga turut dikawal ketat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi seluruh kawasan tersebut.

 

Capture 9 19

Orang ramai juga tidak perlu khuatir mengenai bekalan makanan asas kerana ia akan dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) kepada semua penduduk lapor Malaysia Gazette.

Selain itu, aktiviti perniagaan di Plaza Hentian Kajang turut menerima tempias apabila diberhentikan sementara.

Semoga Kajang pulih seperti sediakala dengan perlaksanaan PKPD ni, min yang kena PKPB pun boleh tahan stress juga…

 

Baca : [TERKINI] MKN Bersetuju Untuk Menjalani PKPD Di Penjara Seberang Perai, Penang  PPR Taman Harmoni, Sabah

Capture 9 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.