in

KKM : Ujian Kemurungan Buat ‘Frontliner’ Covid-19 Untuk Nilai Tahap Stress

Fl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak Covid-19 telah mendatangkan pelbagai kesan dari segi fizikal, emosi mahupun mental. Antara yang terkesan dengan masalah ini adalah kakitangan barisan hadapan, sebelum PKP, PDRM, doktor, jururawat dan ATM telah bekerja keras untuk merawat pesakit dan memastikan rakyat Malaysia mematuhi SOP bagi mengawal penularan wabak ini.


Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan ahli frontliner yang terlibat dalam usaha menangani virus Covid-19 akan melalui ujian depression, anxiety dan skala stress (DASS),

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali turut mengumumkan bahawa ujian DASS akan melibatkan ahli PDRM dan ATM untuk mengetahui tahap tekanan mereka, lapor Bernama.

51582425502 Akept

Selain frontliner, ujian ini turut dilakukan kepada ahli keluarga yang dijangkit Covid-19. Dalam ujian DASS, sebanyak 22 soalan perlu dijawab untuk mengetahui tahap kemurungan individu terbabit dan sesiapa yang didapati menghadapi masalah kemurungan yang kronik akan dirujuk kepada psikit ahli psikiatri.

Menurut tinjauan Kesihatan & Mobiliti Nasional tahun 2019, sebanyak 2.3% atau 500 ribu rakyat Malaysia mengalami kemurungan dimana Putrajaya memegang rekod tertinggi sebanyak 5.4 %.

Dr. Noor Azmi menyeru sesiapa yang menghadapi masalah kemurungan diminta untuk mendapatkan rawatan di Pusat Kominiti Kesihatan Mental (MENTARI) yang boleh didapati di setiap negeri.

“Kerajaan kini sedang bergiat aktif untuk menambah lebih banyak pakar psikiatri dan psikososial untuk menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang membawa kepada kehilangan kerja, pendapatan terjejas dan keganasan domestik.” Katanya lagi.

Sekiranya anda juga ada mengalami masalah depression dan memerlukan seseorang untuk bercakap, Befriender KL sedia membantu anda di talian 03-76272929. 

 

Baca : “Asyik bagi alasan elaun belum diproses” – Pegawai Perubatan Dedah Frontliners Hospital Sg Buloh Tak Dapat Elaun Sejak Mac

Sgbuloh

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.