in

KKM Nafi Dr Ali Meninggal Dunia Sebab Beban Kerja Sebagai Frontliner, Ini Penjelasan DG Hisham…

Ft Dr Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) telah memuat naik sebuah posting di Facebook, memaklumkan berita kematian seorang frontliner Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Ali Noor Hassan sehingga menjadi viral di media sosial.


Dalam posting tersebut, turut dinyatakan punca kematian arwah adalah disebabkan bebanan tugas dan terlampau penat serta tidak mempunyai rehat yang cukup dalam usaha menangani Covid-19.

Terdapat sekeping gambar turut dikongsikan bersama yang memperlihatkan gambar terakhir Dr Ali yang sedang tertidur semasa bertugas dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Meninggal

 

KKM ‘buka mulut’ nafikan dakwaan

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya telah ‘buka mulut’ untuk menjelaskan situasi sebenar.

Pihak KKM seperti dalam laporan Sinar Harian, telah menafikan dakwaan bahawa Dr Ali meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas. Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, doktor itu rupanya mempunyai penyakit lain.

 

Ada penyakit lain, tiada kaitan dengan letih bekerja

Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja.

Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh beliau melalui WhatsApp kepada Sinar hari ini.

 

Baca: Tertidur & Pengsan Ketika Bertugas, Frontliner KKM Meninggal Dunia Didakwa Tak Cukup Rehat Tangani Covid-19

Ft Covid Final

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.