in

KJ Umum Hospital & KK Cyberjaya Akan Beroperasi Sebagai Hospital Awam Bermula November Ini

collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter rasminya telah mengumumkan bahawa Hospital Cyberjaya akan beroperasi sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Khairy, pada 7 Oktober 2022 yang lepas, jemaah menteri telah bersetuju untuk tidak swastakan Hospital Cyberjaya dengan 14 bidang kepakaran ini dan akan mula beroperasi pada 11 November 2022.


Kalau korang nak tahu, Hospital Cyberjaya ini telah dibina di atas tapak seluas 12.859 ekar dengan ketinggan sembilan tingkat. Ia dilengkapi dengan 288 katil, block kecemasan dan kemudahan sebanyak 1,006 parkir termasuk 790 parkir bertingkat.

Hospital Cyberjaya ini akan beroperasi sebagai Hospital Pakar Major yang menawarkan sebanyak 14 bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan seperti:

  • Perkhidmatan kecemasan
  • Perubatan Am
  • Pembedahan AM
  • Obstetrik & Ginekologi (O&G)
  • Pediatrik
  • Ortopedik
  • Anestesiologi
  • Oftamologi
  • Otorinolaringologi
  • Radiologi
  • Psikiatri dan Kesihatan Mental
  • Rehabilitasi
  • Pergigian

Pembukaan KK Cyberjaya

Selain itu, Khairy turut memberitau bahawa satu bangunan dalam kawasan hospital ini juga akan beroperasi sebagai Klinik Kesihatan Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar untuk mengurangkan kesesakan KK Dengkil dan akan mula beroperasi pada 1 November 2022.

Bagi menjawab persoalan orang ramai, Khairy mengesahkan KK Cyberjaya akan turut menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak.

Wow, baguslah makin banyak kemudahan.

 

Baca: “Setapak adalah lubuk bagi doktor gigi palsu” – Khairy Jamaluddin

FT Setapak port pergigian palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.