in

“Kita ambil sebagai iktibar” – Korea Selatan Sahkan Mereka Sedang Hadapi Gelombang Kedua COVID-19!

Featured Image 3 8 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak bulan April, Korea selatan sudah menunjukkan angka penurunan jangkitan baru. Menerusi Berita Harian, pada 5 April lalu negara itu buat pertama kali mencatatkan angka bawah daripada 50 kes.


Difahamkan negara ini gembira bila menyaksikan penurunan semakin banyak hari demi hari hingga mereka mencatatkan angka sifar tiga hari berturut-turut.

Korea1

Pun begitu kegembiraan dorang tak kekal lama, semalam kerajaan Korea Selatan telah mengesahkan yang mereka sekarang sedang menghadapi gelombang kedua virus ini, lapor BBC.

Menurut Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC), Jung Eun- Kyeong, gelombang pertama sudah tamat pada bulan April lalu. 

Korea2

Korea3

Namun sejak Mei, kluster jangkitan baharu semakin bertambah dan antaranya adalah kluster kelab malam selepas kerajaan di sana membenarkan pembukaan kelab malam di Seoul. Kelab malam dah lah crowded, memang mudahlah terkena..

Korea4

Semalam, pihak berkuasa Korea Selatan mengatakan, dalam tempoh 24 jam terakhir, 17 jangkitan baru telah direkodkan.

Pada pandangan KCDC, gelombang pertama wabak ini sebenarnya tidak pernah berakhir.

Hingga kini, menerusi Worldometer, Korea Selatan telah mencatatkan 46 kes baharu sekaligus menjadikan angka keseluruhan mereka sebanyak 12,484 kes. Angka kematian pula sudah naik ke 281 kes.

Pengajaran di sini, pastikan negara kita betul-betul bersih dari COVID-19. Jangan buka sebarang tempat yang menjadi punca pengumpulan, kalau tak macam ni lah kita akan hadap.

 

Baca: Degil! Wanita Anjur Birthday Party Anak Masa Kuarantin, Akibatnya 17 Tetamu Dijangkiti Covid-19

Annotation 2020 06 23 172107

 

Sumber: The Star
Sumber: TBS
Sumber: Google
Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.