Rakyat Malaysia telah hidup dengan masyarakat berbilang bangsa selama berdekad-dekad lamanya. Walaupun ada pihak yang sering melaga-lagakan antara satu sama lain, hakikatnya keharmonian tetap diutamakan dalam diri semua orang.
Sebagai contoh, baru-baru ini seorang YouTuber telah membuat eksperimen sosial meminta bantuan orang awam yang tak dikenali untuk memakaikan tali leher kerana dia mahu menghadiri temuduga kerja.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @royroy1228, korang boleh tengok sendiri macam mana seorang pakcik berbangsa Melayu tak lokek menolong pemuda ini mengikat tali leher.
@leeroywong28 When a jobseeker ask for help with his necktie in Malaysia#tiktokmalaysia
Tak cukup dengan itu, pakcik ini juga turut sikatkan rambut lelaki ini dan memberikan kata-kata semangat untuknya bagi menghadiri temuduga tersebut.
Bukan sahaja netizen yang tersentuh melihat video ini, YouTuber yang membuat sosial eksperimen ini turut menitiskan air mata dengan kebaikan yang ditunjukkan ini.
Kalau korang tengok video penuh di YouTube pula, memang boleh nampak orang tak kira bangsa memang sanggup bantu pemuda ini untuk memakaikan tali leher.
Rata-rata netizen turut berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia bagi membantu orang lain.
Sebenarnya, memang tak pelik pun dengan reaksi yang diberikan. Tengoklah, apa sahaja musibah yang melanda rakyat Malaysia, semua orang tak lokek nak hulurkan bantuan tak kira bangsa, agama mahu pun kedudukan.
Ada yang tak mampu nak bantu dari segi wang ringgit, dorang bantu dari segi tenaga. Itulah yang paling best pasal orang Malaysia ni sentiasa #kitajagakita.
Baca: Peminat ‘Seriau’ Tengok Wawa Zainal Redah Banjir Hulur Bantuan Walau Masih Dalam Pantang