in

#KisahMerdeka : Hilang Kaki Terkena Jerangkap Samar Angkara Komunis! Ini Kisah Pok Ya, 1976

Feat 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini kisah perjuangan seorang pesara tentera dari Kampung Setek, Kok Lanas Kelantan yang kehilangan kaki separas buku lali.


Reda dengan kecacatan yang dialami, Nekya Nor, 66 tahun berkata meskipun dia cacat ekoran jerangkap samar ketika memburu komunis 44 tahun lalu, namun dia bersyukur kerana insiden itu telah menyelamatkan 14 lagi rakannya yang terbabit dalam Operasi Daoyai Musnah di Gubil Kedah pada 1976.

1 15 4

“Ketika kejadian, operasi baru memasuki tempoh sebulan. Sepanjang operasi kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi mengesan komunis.

“Sebelum kejadian, saya baru saja memulakan rondaan sejauh 300 meter selepas berhenti rehat dan ternampak kesan jerangkap samar,”

Katanya dia memaklumkan penemuan itu kepada komander platun sebelum berhasrat untuk memaklumkan kepada anggota lain.

Ketika itulah saya tersilap langkah dan terpijak jerangkap samar berkenaan. Namun saya hanya mendengar bunyi dentuman yang kuat dan saya terpelanting ke belakang,”

2 12

Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur meskipun terpaksa habiskan masa selama 3 bulan di Hospital Alor Setar.

Nekya kemudiannya ditugaskan sebagai kerani dan pencen pada 1997.

Sumber : Harian Metro, Bernama

 

Baca : Unsung Hero! Siti Rahmah Kassim Sanggup Gadaikan Gelang Emas Pernikahan Demi Kemerdekaan Negara

Baca 27

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.