Korang tahu tak sebenarnya ada seorang saintis Jepun yang telah membuat kajian mengenai kelebihan berpuasa dalam memulihkan dan merawat tubuh badan — sehingga membuatkan beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Fisiologi dan Perubatan pada 2016?
Saintis yang disebut-sebutkan itu dikenali sebagai Yoshinori Ohsumi.
![04nobel web1 superJumbo](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2020/02/04nobel-web1-superJumbo-300x200.jpg)
Ohsumi melakukan kajian untuk melihat bagaimana tubuh badan mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai autophagy, iaitu terma Greek mengenai self-eating cells.
Apa pula kaitannya dengan puasa?
Sebenarnya autophagy hanya dapat dirangsang ketika badan kita berada dalam keadaan lapar, misalnya apabila kita berpuasa untuk tempoh 8 – 10 jam.
Mengikut penerangan yang diambil dari Brightside, sewaktu berpuasa kadar glucose dalam darah akan menurun justeru penghasilan insulin juga akan diperlahankan. Ini bermakna, penghasilan glucagon akan berlaku dan proses ini menjadi kunci utama untuk badan mengaktifkan autophagy.
Menurut The New York Times pula, apabila berpuasa — sel-sel di dalam badan akan memecahkan protein dan komponen yang tidak diperlukan, dan mengitar semula mereka untuk menghasilkan tenaga.
Sel-sel lapar ini juga akan memusnahkan virus dan bakteria dan menggunakan mereka untuk kitar semula. Malah lebih daripada itu, autophagy turut dianggap satu proses yang sangat penting dalam mencegah pembentukan sel kanser!
Bagaimana kanser berlaku? Ia boleh terjadi sekiranya sel-sel lama tidak mati, dan tidak digantikan dengan sel baharu.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap sel di dalam badan mengalami pusingan jangka hayat untuk membiak, berhubung-kait dengan sel-sel yang lain di sepanjang masa kehidupan. Dan kanser terjadi, jika jenis sel telah hilang kawalan mekanisma dan membiak dengan tersendiri tanpa dapat dikawal oleh badan.
![How cancer starts 1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2020/02/How-cancer-starts_1-300x139.png)
Malah, autophagy juga turut mempunyai kaitan dengan proses penuaan. Sekiranya autophagy diaktifkan, ia akan menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan kuat sekali gus dapat memperlahankan aging process.
Begitulah kehebatan manfaat berpuasa kepada tubuh badan manusia, jika ia diteliti dari sudut sains. Dan lebih menarik, ibadah yang diwajibkan kepada umat Islam ini menjadi bahan kajian saintis luar — secara tidak langsung ia dapat membuka mata orang lain, betapa Islam menitikberatkan penjagaan kesihatan tubuh badan setiap manusia.
Kalau nak faham lebih lanjut tentang autophagy, boleh tonton video ini.
Baca: Jangan Sebarangan Beli Online Ubat HIlangkan Jerawat! Ini Risikonya…