Tidak lama dulu, kecoh mengenai pendedahan Mondy Tattoo berkenaan seorang pendakwah terkenal yang dikatakan telah melakukan gangguan seksual kepadanya sehingga melibatkan kes polis.
Kali ini, Caprice dilihat sekali lagi muncul dengan pendedahan baharu melibatkan pembantu peribadi pendakwah tersebut yang dilihat kini duduk semeja dengan rappers tersebut.
Artikel berkaitan: “Semua dia cakap benar” – Caprice Dedah Mondy Tandatangan SD Sebelum Siarkan Podcast
Artikel berkaitan: “Kalau bongkar rahsia, lagi selamat kalau tak balik Malaysia” – Caprice Mahu Buat Pendedahan Tentang ‘Misi Gaza’?
“Hampir 8 tahun bersama”
Menerusi beberapa posting yang dimuat naik Caprice di Instagram, gambarnya bersama ‘orang kanan’ Ebit Lew iaitu Arief Farhan dan Ajai Ahmad telah mengejutkan ramai pihak.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Kalau korang masih ingat lagi, Arief dan Caprice sebelum ini pernah bergaduh susulan isu di Gaza dan Arief juga yang paling kuat mempertahankan bosnya itu.
Arief menerusi ruang komen di Instagram juga meninggalkan komen yang menimbulkan kemusykilan ramai dan dia juga tidak menjelaskan secara lanjut apa yang sudah berlaku.
Selain daripada itu, Arief juga dilihat memuat naik IG stories yang seakan-akan menjurus ke arah bekas majikannya itu.
Apa-apapun kita tunggu penjelasan lanjut daripada Caprice mengenai hal ini.
Sumber: Instagram