in

Kilang Ini Benarkan Pelanggan Kait Stoking Sendiri Dengan Mengayuh Basikal, 10 Minit Siap Sepasang!

F2 Basikal Kait

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak ada impian untuk melancong ke Jepun kan? Negara matahari terbit itu memang terkenal dengan kemajuan teknologinya yang tiada tandingan dan rakyatnya yang bersikap jujur.

Kali ini kami nak kongsikan dengan anda sebuah lagi teknologi yang dihasilkan oleh negara tersebut iaitu basikal yang digunakan untuk mengait stoking.


Basikal Kait 1

Memetik laporan Oddity Central, kilang stoking yang dikenali sebagai Souki Socks itu telah menghasilkan basikal pegun yang membenarkan pelanggannya mengait sepasang stoking mereka sendiri dalam masa 10 minit sahaja.

Mesin atau basikal mengait itu telah dinamakan sebagai ‘Charix’ dan ia dikatakan sangat popular dalam kalangan pelancong sejak dilancarkan pada 2017.

Pelawat kilang yang berminat untuk mengait stoking menggunakan basikal berkenaan perlu memilih warna benang dan saiz stoking yang mereka inginkan terlebih dahulu.

Basikal Kait 2

Kemudian, staf kilang akan membantu mereka untuk menyambungkan benang yang telah dipilih pada mesin basikal dan lepas tu, mereka boleh mula mengayuh.

Namun, prosesnya tidak terhenti di situ sebab sebelum stoking tu betul-betul siap, staf yang terlibat pula perlu jahit pada bahagian jari stoking dan akan tekan-tekan sikit.

Selepas itu, pelawat kilang itu boleh membawa pulang stoking yang mereka dah kayuh dan kait tadi. Boleh tengok dulu video KyodoNews yang kongsikan bagaimana proses mengayuh basikal tersebut dijalankan untuk siapkan sepasang stoking.

 

Hebat kan ciptaan orang Jepun ni? Kayuh-kayuh je dah siap stoking. Kalau kita nak kait secara manual, entah bila la agaknya benda tu boleh siap. 

Sumber: Oddity Central, YouTube KyodoNews 

Baca: “Phone pun boleh cas sekali”- McDonald’s China Perkenal ‘Kerusi Basikal’, Galak Pelanggan Bakar Kalori Sambil Makan 

Screenshot 548

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.