in

Kiamat Iklim 2040 Dijangka Turut Melanda Malaysia, Ini Apa Korang Boleh Buat…

collage 12.57.59 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, Antartika merupakan tempat paling sejuk dalam dunia. Malah, ekoran kesejukan yang melampau, tempat tersebut tidak boleh didiami oleh manusia.

Namun begitu, ekoran pemanasan global yang berlaku sekarang, Ikon Ais Kutub Utara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir mengatakan ais di sana semakin cair dan beberapa gunung berapi yang terletak di situ juga sudah mula aktif, lapor Awani.


Melihat kepada perkembangan itu semua, berbaki 18 tahun lagi dari sekarang, iaitu pada 2040, dunia mungkin alami kiamat iklim yang akan turut sama menjejaskan Malaysia.”

Katanya, kiamat iklim ini bukan sahaja dibuat berdasarkan ramalannya ketika melihat Antartika tapi turut disahkan oleh saintis-saintis dunia termasuk Rusia dan Amerika Syarikat.

61661142226 freesize

Kedaannya amat mengerikan sekali. Beberapa saintis dunia sebelum ini berkata akan berlaku iklim ekstrem pada 2040 atau 2041, kenapa mereka berkata demikian? Kerana pada 2040, ais di Antartika akan mencair dengan sangat teruk.

“Antartika ini saiznya dua kali ganda Australia, ambil sahaja sebahagian daripadanya, jika mencair pada 2040, apa akan berlaku? Ini yang saya panggilkan kiamat iklim. Saintis sudah mengiyakan fakta ini. Antartika tebal air batunya 2.3 kilometer, sekarang, ia 2.5 meter ke bawah, kalau semuanya mencair, apa yang akan berlaku ialah, limpahan ombak, tsunami, banjir yang teruk, tanah runtuh dan sebagainya.

“Satu lagi yang mengejutkan ialah, semasa berada di pesisir pantai Antartika, ada sebuah gunung berapi yang aktif, di sekelilingnya sudah panas dan tiada langsung salji.”

greenland20200316 16

Jelasnya lagi, sekarang pun Malaysia sudah alami musim monsun yang berbeza dari kebiasaan dan banjir kerap berlaku. Ini merupakan petanda perubahan cuaca yang tidak menentu ekoran pemanasan global.

Malah, kedudukan Malaysia yang terletak di bawah garisan khatulistiwa menyebabkan negara ini berpotensi dilanda kiamat iklim.

Apa yang korang boleh buat?

pokok 1555296912

Namun begitu, ini bukan bermakna korang hanya perlu berserah dan menunggu sehingga “kiamat iklim 2040” berlaku. Korang masih boleh selamatkan bumi dengan:

  • Kitar semula
  • Kurangkan penggunaan plastik dan karbon
  • Banyakkan penanaman pokok

Untuk pengetahuan korang, dengan usaha-usaha kecil ini, korang boleh bawa kesan yang besar bagi mengawal pemanasan global.

Kiamat yang sebenar-benarnya memang akan berlaku tapi kita sebagai orang Islam, menjaga bumi juga merupakan satu ibadah. Macam yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Rasullullah pernah bersabda:

“Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.”

Jadi jelas yang kita disuruh berusaha sehingga ke detik-detik terakhir…

 

Baca: Mengaku Sebagai ‘Time Traveller’, Lelaki Ini Dakwa Dunia Akan Tenggelam Pada Tahun 5000 Sebab ‘Global Warming’

Screenshot 2022 08 23 at 12.52.38 PM

Sumber: NASA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.