in

Khabib Pelawa Jojo Berlatih Di Gimnasium Miliknya Di Dagestan, Russia

Khabib Nurmagomedov

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Legenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov mengalu-alukan kedatangan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih mesra disapa sebagai Jojo sekiranya ingin berlatih di gimnasium miliknya di Dagestan, Russia.

Malah, menurut laporan Harian Metro, Khabib juga tidak meragui kemampuan Jojo sekiranya ingin mengukir nama dalam arena seni bela diri campuran (MMA).


Menurut Khabib, dia tahu Jojo juga masih muda dan juga merupakan seorang lawan yang baik. Oleh itu, dia mengucapkan selamat maju jaya kepada Jojo dalam kariernya.

“Dia (Jojo) ada memberitahu saya pada masa hadapan ingin terbabit dalam MMA.

“Saya sentiasa mengalu-alukan kehadirannya jika dia ingin belajar bersama saya di Dagestan di pusat latihan kami,” katanya.

Artikel berkaitan: “Level taqwa yang rare” – Netizen Puji Sikap Khabib, Tak Mahu Perlawanan Disponsor Laman Judi

Artikel berkaitan: “Keluarga diutamakan” – Khabib Umum Persaraan, Ingin Teman Ibu di Kampung

Khabib Nurmagomedov

Dalam pada itu, Khabib juga terbuka dengan cadangan untuk membuka gimnasium di negara ini.

“Ini satu idea yang bagus, kami ada berbincang mengenainya di Jakarta sebelum ini dan kemudian di Malaysia,” katanya.

“Kami akan berfikir mengenainya dan mengapa tidak. Jika kami buka gimnasium Khabib di sini dan bawa jurulatih yang bagus, saya fikir ia satu idea yang bagus untuk rakyat Malaysia yang meminati MMA,” katanya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.