in

Ketua Polis Kuala Lumpur Tepis Kenyataan Boleh Ziarah Raya Pada 1 Syawal

Raya3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhubung dengan kes selebriti beraya pada hari pertama Syawal lepas tular, semalam Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tersebut.


Katanya, ziarah di dalam kawasan yang sama boleh dilakukan dan disebabkan itu, baru-baru ini Ketua Polis Kuala Lumpur Dato’ Azmi Bin Abu Kassim tampil menepis dakwaan daripada orang ramai yang anggap bahawa aktiviti beraya pada 1 Syawal dibenarkan berdasarkan kenyataan daripada Anuar Omar itu.

 

Pergerakan di dalam satu kawasan KL boleh, tapi untuk ziarah raya tak boleh!

Mengambil serius mengenai pelanggaran SOP PKP, Dato’ Azmi menjelaskan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah membuka kertas siasatan bagi dakwaan ziarah raya yang dilakukan oleh ahli keluarga selebriti tersebut.

Image From Ios 4

“Kertas siasatan telah lengkap dan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat,” tambahnya.

Dato’ Azmi memberikan penerangan bahawa sebarang aktiviti adalah tidak dibenarkan. Malah, pergerakan merentas sempadan negeri dan daerah juga tidak dibenarkan melainkan mendapat keizinan PDRM.

Dalam pada itu, Dato Azmi juga menjelaskan bahawa pergerakan di dalam kawasan sama adalah dibenarkan. Namun begitu, beliau menegaskan bahawa aktiviti ziarah tetap tidak dibenarkan.

Image From Ios 5

Pergerakan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah dibenarkan namun aktiviti ziarah raya tetap TIDAK DIBENARKAN untuk mana-mana individu sekali pun.”

Selain itu, Dato’ Azmi meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai perlanggaran SOP dengan cara menghubungi hotline Polis KL di talian 03-2119999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

 

Baca : “Polis kata boleh ziarah raya di KL pada 1 Syawal” – Isu Neelofa & Keluarga Raya Bersama, Netizen Bengang Polis ‘Tukar’ SOP?

Lofa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.