“Ketiak masam sangat naik kulat kot” – Ketiak Sajat Kena Alergik Lepas Stress Terima Berita Sensasi Tukar Jantina?

Selepas dihimpit dengan berita kontroversi kononnya Nur Sajat ingin menukar jantina di IC kerana ingin berkahwin, usahawan kosmetik ni katanya tiba-tiba ditimpa sakit.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat memberitahu yang dia mengalami alergi di seluruh badan, termasuklah di bahagian ketiak. Aduhai kesian merah-merah ketiak akak Sajat. 

 

“Terus lemah antibody Sajat bila dengar berita yang tak masuk di akal tak logik untuk difikirkan pada abad ni” 

Bagi yang tertanya-tanya sebab apa Sajat mengalami alergik teruk macam tu, Sajat dalam posting yang seterusnya memberitahu yang dia terkena penyakit ni gara-gara lemah antibody lepas menerima berita gosip yang macam-macam. 

Tambah sajat lagi, disebabkan berita tersebut, tak pasal-pasal pulak dia terpaksa menerima banyak panggilan daripada wartawan.

 

“Alergi apa ni dekat ketiak pulak” 

Rata-rata netizen nampaknya tak ambil serius pun dengan kesakitan yang dialami Sajat malah ada yang siap buat troll lagi tau. Kebanyakannya macam dah dapat agak Sajat sengaja buat sakit bila ada kontroversi melanda.

 

Sumber: Instagram

 

“Kan dah cakap mesti ada drama sakit-sakit… kena kecam, kena viral soal jantina terus ada drama sakit-sakit” 

Sumber: Instagram

Apa-apapun min mendoakan semoga Sajat cepat sembuh dari alergik yang alami. Tu mungkin ‘teguran’ dari Yang Maha Esa. 

Baca: “Saya dah bantu” – Sajat & PA Humban Wanita Ini Dalam Lokap Sebab ‘Frust’ Gagal Tukar Jantina Kat JPN?

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!