in

Ketiak Hitam Dan Kasar? Hentikan ‘Shave’ Ketiak Anda Dan Ikuti 2 Cara Ini

Cats 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

 

Bulu ketiak bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan dan disorok daripada khalayak ramai. Namun, bulu ketiak akan menjadi aib dan memalukan apabila anda tidak menjaganya dengan kemas sehingga terkeluar di celah-celah lengan yang boleh memberi bau kurang enak.


Tahukah anda, mencukur bulu ketiak sebenarnya tidak elok dan akan memberi kesan yang kurang baik kepada ketiak kita. Bulu akan menjadi lebih keras dan kulit di bahagian ketiak akan menjadi lebih kasar, membuatkan ketiak kita nampak hitam dan kotor.

Apabila ketiak nampak hitam dan kotor, pasti anda akan berasa kurang yakin untuk memakai baju sleeveless atau bersama pasangan.

Apa yang anda boleh buat?

Ada dua cara yang anda boleh guna untuk membuang bulu ketiak secara sihat dan mendapat kesan yang lama.

1. Wax

Maxresdefault 1
Admin yakin ramai yang sudah biasa dan tahu dengan kaedah wax ini. Malah kedai-kedai yang menawarkan servis wax juga semakin banyak dan mudah untuk dijumpai.

Nah contoh video waxing buat anda yang kurang tahu. Boleh buat sendiri atau pergi ke kedai ye!

2. Epilator

Woman Using Epilator 1296X728 Body
Epilator adalah sejenis alat yang digunakan untuk membuang bulu ketiak. Bentuknya mungkin sama dengan mesin pencukur, tapi epilator akan membuang bulu ketiak anda daripada akar, membuatkan tempoh untuk tumbuh semula semakin lama.

Namun harus diingat, kaedah epilator adalah sedikit sakit kerana mesin epilator akan menarik bulu ketiak anda daripada akar, namun cara ini adalah sihat dan anda tak perlu khuatir lagi untuk shave pada setiap seminggu.

Sumber: OGLF

BACA: “I pernah pakai ta*i teruk sangat muka sampai rasa gatal” – Gadis Ini Share Produk Kosmetik Yang Mesti Dielak Oleh Kaum Wanita

Capture 24

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: HealthLine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.