in

Keterangan Sudah Diambil, Suspek Buat Hasutan Terhadap Agong Ronnie Liu Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Agong3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular 4 pemilik akaun Facebook dan Twitter yang didakwa memuatnaik posting berbaur hasutan dan hinaan terhadap YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Antara individu yang disiasat ialah Ronnie Liu, juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek.

Posting beliau yang berbunyi Now In Bangkok, They Are Saying No To The King seolah-olah mempertikaikan fungsi Institusi Beraja di negara ini yang seiring dengan pergolakan politik sekarang.

Eltrh30Uwaamgei

 

Ronnie Liu dibebaskan dengan jaminan polis

Susulan itu, hari ini Ronnie Liu telah lapor diri di balai polis pada pukul 10.40 pagi dan dibebaskan pada pukul 1 tengahari setelah diambil keterangan.

Menurut Harian Metro, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, Ronnie Liu dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Kami sudah merakam keterangan beliau untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

 

Baca : “Tolong serah diri jika ingkar” – Polis Sedang Kesan Tiga Individu Hina Raja Ini, Seorang Telah Ditahan

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.