in

Kesungguhan Afdlin Shauki Bantu Pelarian Rohingya Di Bangladesh Jadi Inspirasi Netizen

Afdlin Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datuk Afdlin Shauki, 46, merupakan seorang pelakon, pengarah filem, penyanyi, pengacara, dan pelawak yang dikenali ramai di Malaysia. Giat melakukan kerja-kerja amal sejak beberapa bulan lepas, Afdlin kini meneruskan misi membantu warga pelarian Rohingya di Bangladesh bermula 5 November lalu, lapor Malaysian Digest.


R8
sumber: utusan

Menurut Harian Metro, pemilik Yayasan Afdlin Shauki itu berkata bahawa gelaran Datuk yang diterimanya baru-baru ini telah menyuntik semangat untuk terus membantu mereka yang memerlukan. Wah! Baguslah kalau berfikiran begitu…

R9
sumber: malaysian digest

Bekerjasama dengan Yayasan Kubra dan Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) untuk mengumpul dana yang kini telah mencecah RM260,950, kesungguhan Afdlin meneruskan misi kemanusiaannya menerima maklum balas positif netizen.

Af2Af1Af4

Sumber: Instagram

Rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Afdlin dan ada yang mengatakan bahawa kerja amal ini merupakan satu inspirasi buat para pengikutnya di laman sosial. Usaha murni Afdlin terhadap anak-anak Rohingya sering dikongsi menerusi Instagram dan Facebook miliknya. Afdlin juga mengakui bahawa pengalaman yang dilaluinya sejak Ahad lalu sangat meruntun jiwa.

R5
sumber: instagram

“Sebak rasanya melihat rutin kehidupan mereka sehari-hari. Apatah lagi sebelum wujudnya kem-kem pelarian di sini, saya difahamkan mereka tinggal di kaki lima, tepi-tepi jalan, bawah pokok, atau di mana sahaja asalkan boleh berlindung dan merehatkan diri,” katanya sebelum ini kepada Utusan Online.

R6
sumber: instagram

Bagaimanapun, menurut Afdlin, bekalan makanan yang dibawa tidak mencukupi bagi menampung tiga kem pelarian yang dilawati termasuklah bekalan air untuk makan dan minum, selimut dan tandas tertutup untuk wanita.

Oleh sebab itu, Afdlin menyatakan harapannya agar semua rakyat Malaysia dapat meneruskan sumbangan yang diberikan terhadap anak-anak Rohingya ini dan menyeru agar lebih ramai badan-badan bukan kerajaan datang menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan.

R3
sumber: instagram
R7
sumber: utusan

Semoga usaha murni Afdlin menjadi ikutan semua agar lebih ramai warga pelarian Rohingya dapat dibantu pada masa akan datang. Insya-Allah…

Baca: Usahawan Wanita Berjaya Ini Beri Inspirasi Hebat Buat Wanita-Wanita Lain

Joy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.