in

“Kesiannya sampai mengigil” – Lelaki Tanpa Identiti Dijumpai Lemah, ‘Terperangkap’ Dalam Paya Bakau di Kemaman

Ft Lumpur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang lelaki tanpa identiti diri dijumpai terperangkap dalam lumpur tebal di dalam paya bakau dekat Kampung Injin Gergaji, Chukai, Kemaman.


Melalui posting di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, lelaki itu dilaporkan ditemui oleh seorang pemancing dalam keadaan lemah dan menggigil kira-kira jam 9.46 pagi. Menurut Kosmo!, mangsa hanya berseluar dalam dan dalam keadaan lapar itu berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman.

Lumpur1

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata,

Sewaktu ditemui, mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an berada dalam keadaan lemah dengan seluruh badannya dipenuhi lumpur.”

Dia ditemui di kawasan paya bakau yang terletak kira-kira 50 meter dari jalan besar. Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan tali dan pengusung.”

21April2021/TerengganuMakluman awal pada jam 0946hrs pagi pihak polis Kemaman telah menerima maklumat pertama…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, April 21, 2021

 

Mangsa digegaskan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kemaman untuk menerima lawatan selanjutnya. Setakat ini, masih belum dikenal pasti bagaimana lelaki tersebut terperangkap di dalam lumpur tebal itu.

Baca: “Hanya Allah tahu perasaan nampak suami terkapai-kapai” – Mayat Suami Lemas Ketika Berbulan Madu Akhirnya Ditemui

Ft Lemas

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.