in

“Hanya Allah tahu perasaan nampak suami terkapai-kapai” – Mayat Suami Lemas Ketika Berbulan Madu Akhirnya Ditemui

ft lemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mayat pengantin baru yang lemas ketika berenang di Sungai Petuang, Tasik Kenyir pada Sabtu lepas akhirnya ditemui pagi ini. Menurut laporan, mayatnya ditemui terapung di tengah tasik pada jam 7.10 pagi oleh pengusaha chalet rumah rakit pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dikatakan lemas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.


Pengusaha chalet rumah rakit tersebut bertindak memaklumkan penemuan mangsa kepada pasukan Polis Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meronda di kawasan berhampiran sebelum mayat mangsa dikeluarkan (dari tasik) oleh pihak bomba.”

lemas5

 

“Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya lihat suami terkapai-kapai”

Mangsa, Ami Azzizol Abu Bakri, 21, baru melangsungkan perkahwinan dengan isteri, Syarifah Ramli, 19, pada 21 Mac lepas. Mangsa dikatakan mengalami kekejangan otot ketika berenang pada jam 5.50 petang Sabtu lepas.

Menurut Harian Metro, mereka berdua bercuti sambil berbulan madu bersama keluarga Syarifah di Tasik Kenyir kerana tidak dapat merentas negeri ketika ini. Menyedihkan, kejadian itu disaksikan oleh isteri, sepupu dan anak pemilik rumah rakit yang disewa mereka sekeluarga. Kata Syarifah,

Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat suami terkapai-kapai meminta tolong, sedih sangat, masih terbayang-bayang lagi peristiwa itu.”

Saya mahu menatap wajahnya dan membawa pulang jasadnya untuk disemadikan di sebelah kubur arwah abang sulungnya, Amir Nazri yang meninggal dunia 17 tahun lalu akibat lemas.”

lemas1

 

Sebelum terjun, suami tanggal cincin…

Katanya lagi, sebelum terjun ke sungai suaminya sempat menanggalkan cincin perkahwinan dan menyarungkan cincin itu pada rantai yang dipakainya.

Sebelum ini, setiap kali mandi, suami menanggalkan cincin dipakainya dan disarungkan pada jarinya tetapi pada hari kejadian, dia menyarungkan cincin berkenaan pada rantai.”

Pada awalnya saya merancang untuk bercuti di Cameron Highland tetapi terpaksa mengikut kehendak suami yang beriya-iya mahu bercuti di Tasik Kenyir.”

Saya reda dengan kejadian ini dan menerima suratan takdir walaupun ia pahit untuk ditelan.”

lemas2

Baca: Pengantin Meninggal Dunia Terkena Serangan Jantung Sebab Terlebih ‘Emotional’ Masa Nak Berpisah Daripada Keluarga

rosy3

Sumber: Awani
Sumber: Harian Metro
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.