in

“Kesetiaan lebih mahal dari sebuah Tesla” – Dr Samhan Dipuji Hargai Isteri, Setia Jaga Ketika Sakit

Dr Samhan Sakit Isteri Setia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah mengenai Abang Tesla yang memadukan isterinya telah menjadi topik perbualan hangat netizen sehingga ada di kalangan wanita mula luntur kepercayaan mereka terhadap insan bernama suami.

Namun tidak adil untuk kita samakan semua lelaki seperti Abang Tesla kerana tular video berkenaan pempengaruh, Dr Samhan, 37, yang bercerita mengenai kesetiaan isterinya bakal merubah pendirian korang.


“Ketika aku diuji dengan ketumbuhan pipi, dia setia di sisi” 

Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Samhan atau nama sebenarnya, Dr Ahmad Samhan Awang menceritakan pengalaman hidupnya yang pernah diuji menghidap penyakit Ameloblastoma atau ketumbuhan rahang pipi pada 2016.

Namun apa yang membuatkan Dr Samhan terharu apabila isterinya, Dr Rushaida Zabidi tetap berada di sisinya dan menjaga ketika dia sakit.

@dr.samhan

Abang takkan pernah membelakangi sayang #tiktokguru #learnontiktok #RoadToTikTokAwardsMy #ForYouMalaysia #abangtesla

♬ original sound – Dr. Samhan – Dr. Samhan

Jika mahu tinggalkan aku pun aku takkan persalahkan. Dr Samhan bukan sesiapa jika bukan kerana sosok tubuh ini. Di sebalik kehebatan lelaki, ada wanita yang banyak berkorban. 

“Hargailah dia dan jangan pernah berniat menduakannya. Kesetiaan itu lebih mahal dari sebuah Tesla,” tulisnya.

Tak cukup masalah kesihatan, diuji dengan kewangan

Menerusi mStar, Dr Samhan yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun pada ketika itu juga mendedahkan yang dia diduga masalah kewangan.

Kami baru habis belajar, belum kerja tak ada duit simpanan. Dalam akaun bank memang kosong. Kos pembedahan sampai RM20,000. Memang kami diuji dengan kewangan. 

“Isteri teman saya di wad dan tidur berlapikkan alas nipis tapi tak pernah merungut sakit badan. Dia tetap tersenyum dan buat saya gembira untuk menempuh dugaan bersama,” katanya.

Samhan 2

Dr Samhan yang sudah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun ini menceritakan pengalamannya menjalani pembedahan yang mengambil masa selama 12 jam.

Katanya, dia pada ketika itu agak ‘down’ kerana tidak mampu makan dan hanya boleh minum susu. Malah dia juga tidak boleh bercakap sebab leher ditebuk, terpaksa kencing melalui tiub dan tidak boleh berjalan kerana tulang betis diambil untuk ganti tulang rahang.

Samhan 1

Dia sangat supportive dan selalu memberi kata-kata semangat untuk saya terus survive,” katanya yang kini sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Terharu baca kisah Dr Samhan ni. Hebat betul isterinya dan tahniah kepada Dr Samhan kerana menghargai kesetiaan isterinya itu. 

Baca: “Ade ke orang nak” – Datin Shahida Bagi ‘Setepek’ Bila Aliff Syukri Nak Cuba Nasib Macam Abang Tesla

Ft Aliff Syukri Nak Jadi Abang Tesla

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.