in

“Kesedihan dan air mata mengalir” – DS Najib Sahkan Tun Rahah Meninggal Dunia Dengan Posting Menyayat Hati

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi di Facebook peribadinya, Dato Seri Najib Razak mengatakan yang ibunya Tun Rahah Mohamed Noah telah masuk ke hospital kerana kurang sihat.

Namun sebentar tadi, DS Najib telah pun mengesahkan yang ibunya itu yang juga isteri kepada Perdana Menteri ke-2 Tun Abdul Razak telah pun dijemput Illahi.


Bersama pengumuman itu, DS Najib turut sertakan posting menyayat hati mengatakan yang beliau dan keluarga sedih dan menangis atas pemergian ini.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157561853480952

Sepanjang Tun Rahah berada di hospital juga, Allahyarhamah telah mendapat kunjungan dari Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Ebit Lew dan lain-lain.

Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa juga turut memuat naik gambar dan status di Twitter peribadinya mengenai pemergian ini.

Rakyat Malaysia juga turut berduka cita atas pemergian Tun Rahah, anak kepada Speaker pertama Dewan Rakyat, isteri kepada Perdana Menteri ke-2 dan ibu kepada Perdana Menteri ke-6.

Al-fatihah…

 

Baca: [TERKINI] Al Fatihah – Ibu DS Najib Razak, Tun Rahah Meninggal Dunia

Al Fatihah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.