fbpx
in

Kes Zulfarhan: 12 Bekas Penuntut UPNM Maklum Mereka Alami Kesan Kejadian Sepanjang Hayat

Zulfarhan Kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa dapat melupakan tragedi yang menimpa bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia akibat dibuli.

Terbaru semalam, 12 bekas penuntut UPNM yang terlibat dalam kes ini pada tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa mereka telah menerima kesan kejadian sepanjang hayat.


41715680834 Zulfarhanosmanzulk

Peguam, Azizzul Shariman Mat Yusoff menghujahkan hal tersebut ketika prosiding rayuan 12 bekas penuntut itu untuk membatalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan berkenaan di hadapan tiga panel diketuai Hakim, Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Artikel berkaitan: “Trauma guna seterika, elak lalu UPNM” – Ibu Allahyarham Zulfarhan Tak Maafkan Pelaku

Artikel berkaitan: “Sanggup bayar 6, 7 ribu untuk anak saya hidup” – Temubual Bersama Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Buat Netizen Sebak

Kehidupan 12 bekas penuntut terumbang-ambing  

Azizzul mewakili perayu, Muhammad Adib Iman, Mohamad Syazwan dan Luqman Hakim berkata, sebahagian daripada 12 bekas penuntut ini telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

Ekoran kes ini juga katanya, mereka yang kini berusia 28 tahun tidak boleh melanjutkan pelajaran di UPNM seterusnya terpaksa mencari pekerjaan menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jika hukuman penjara dikenakan, mereka akan dibuang kerja, seterusnya menyebabkan keretakan rumah tangga.

“Bukan itu sahaja, mereka berdepan saman oleh kerajaan sebanyak RM30,000 terhadap biasiswa yang diberikan kerana gagal menamatkan pengajian,” katanya.

1255370

Oleh itu, beliau memohon mahkamah membenarkan rayuan mereka dan menukarkannya kepada bon berkelakuan baik.

Dia juga berkata, kesemua perayu ini juga merupakan pesalah muda dan tak pernah terlibat dalam jenayah.

Selain itu, peguam yang mewakili empat bekas penuntut lain berkata, kes tersebut telah menyebabkan kehidupan anak guamnya terumbang-ambing.

Meskipun mereka pelajar pintar, namun mereka terpaksa bekerja sebagai pemandu e-hailing dan berkecimpung dalam bidang perladangan.

Mahkamah kini sedang mendengar rayuan silang 12 bekas penuntut UPNM yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap mereka kerana mencederakan Zulfarhan.

Mereka ini didakwa mencederakan Zulfarhan di sebuah bilik blok penginapan Asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017 lalu.

Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap mereka, dengan ikat jamin RM7,000 dikekalkan. Pendengaran rayuan bersambung pada hari ini.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top