in

Kes Pukul Pengawal Peribadi Sebab Puasa: Suspek Utama Mengaku Tak Bersalah Atas 5 Tuduhan

Collage 41

Suspek utama kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa yang tular beberapa minggu lalu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Chung Chee Yang yang berusia 44 tahun itu telah tiba di mahkamah pada jam 9.05 pagi tadi. Dia dilaporkan mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Memetik laporan dari BernamaTV, pertuduhan tersebut telah dibacakan sebentar tadi ke atas suspek utama serta pembantunya Choo Hin Voon yang disabitkan atas satu pertuduhan di mahkamah yang sama.

Kedua-dua suspek ini telah mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan.

Sebelum ini, Bernama pernah melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Nik Ezanee Mohd Faisal mengatakan, Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara telah bersetuju untuk membuat pertuduhan ke atas suspek utama di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dengan cara mengacukan pistol kepada salah seorang mangsa.

Selain itu, suspek utama ini juga turut akan berhadapan tuduhan di bawah Seksyen 109/324 Kanun Keseksaan kerana bersubahat menyuruh pembantunya mencederakan dua mangsa dengan rotan serta Seksyen 323 Kanun yang sama kerana menampar dan menyerang perut salah seorang mangsa menggunakan lutut.

Tambah Nik Izanee lagi, suspek utama juga turut akan dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan perkataan berunsur penghinaan agama yang dianuti oleh dua mangsa yang terlibat.

 

Baca: “Siapa bayar gaji you?” – 2 Bodyguard Dipukul & Diacu Pistol Kerana Berpuasa, Polis Tahan 4 Individu Semalam

Screenshot 2021 04 22 At 12.14.44 Pm