in

Kes Nur Farah Kartini: Polis Rakam Percakapan Seorang Pekerja Kebun Ubi

Nur Farah Kartini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebun ubi yang dikatakan telah diusahakan secara sambilan oleh suspek kes bunuh Nur Farah Kartini turut menjadi lokasi siasatan pihak polis untuk mencari bahan bukti berkaitan kes tersebut.

Pihak polis mendedahkan bahawa mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah yang mati dibunuh dipercayai telah dibawa ke sebuh kebun ubi di Tanjung Malim, Perak itu oleh suspek yang juga anggota polis.


Polis juga telah merakam percakapan seorang pekerja kebun ubi terbabit, lapor Berita Harian.

Menurut pekerja ubi terbabit, mangsa dan suspek telah hadir ke kebun berkenaan pada hari kejadian.

3 3

Artikel Berkaitan: ‘Kad sim dianalasis”- Kes Pembunuhan Nur Farah: Pihak Polis Turut Jalankan Proses Analisis Pada Kereta Suspek

Artikel berkaitan: “Ramai sayang awak” – Netizen Sebak Lihat Rakan Baik Nur Farah Kartini Longlai Di Depan Kubur

Difahamkan, kebun terbabit terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari lokasi ladang kelapa sawit di mana mangsa telah ditemukan mati.

Superintendan Ahmad Faizal Tahrim iaitu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor berkata kini rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Tanjung Malim juga sedang giat diteliti oleh pihak polis PDRM kerana pekan itu menjadi lokasi persinggahan sebelum mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Difahamkan juga, tak semua rakaman CCTV berkenaan jelas kerana ada juga yang kualiti rakamannya yang kurang jelas dan memuaskan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.