in

“Kes makin teruk” – CDC Beri Amaran, Elak Travel Ke 75 Negara Ini Dalam Masa Terdekat

Negara Eropah Covid Terbaru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya dah dekat-dekat hujung tahun ni, pasti ramai yang akan mengambil keputusan untuk bercuti dan selain destinasi percutian Di dalam negara, pastinya ada yang telah atau akan membuat keputusan untuk bercuti keluar negara.



Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  pada 10 Oktober, rakyat Malaysia dibenarkan untuk membuat perjalanan keluar negara sama ada atas urusan pekerjaan mahupun pelancongan.

Difahamkan, mereka yang keluar negara perlu melakukan ujian calitan dan memastikan keputusan adalah negatif 3 hari sebelum pulang ke Malaysia selain perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari. Namun, sekiranya bergejala, mereka akan dihantar ke pusat kuarantin yang ditetapkan.

Mytravelpass

Walaupun dibenarkan oleh kerajaan Malaysia, ada satu berita kurang enak untuk mereka yang ingin ke Eropah kerana dilaporkan bahawa kes jangkitan semakin meningkat di rantau tersebut.

Terbaru, pihak CDC telah menyenaraikan dua negara yang sering menjadi tumpuan ramai iaitu Jerman dan Denmark sebagai berisiko tinggi (Tahap-4) dan ini menjadikan jumlah negara yang disenaraikan dalam kategori tersebut kepada 75 buah negara kesemuanya. Klik sini untuk tengok senarai negara tersebut.

Disebabkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang mendadak tersebut, amaran perjalanan turut dikeluarkan kepada rakyat AS selain mengingatkan orang ramai yang ingin kesana untuk memastikan bahawa mereka telah mendapat vaksinasi penuh.

Turki

Berikut merupakan senarai negara popular yang telah disenaraikan sebagai berisiko tinggi (Tahap 4) :

• Austria
• Belgium
• Costa Rica
• Republik Cech
• Belanda
• Singapura
• Turki

Berita ini pastinya membuatkan ramai gusar kerana kemelut pandemik yang seakan-akan hampir pulih ini, secara tiba-tiba semakin teruk dan ada negara termasuk Malaysia difahamkan telahpun bersedia untuk menghadapi gelombang ke-4.

Apa-apa pun, sekiranya korang dah beli tiket, seeloknya tunda dahulu, jika tak boleh, pastikan ikut segala arahan atau SOP yang dilaksanakan oleh penguatkuasa tempatan.

Baca : Kes COVID 19 Makin Meningkat, Beberapa Negara Eropah Pertimbang ‘Lockdown’ Semula!

Collage 33

Sumber: NST
Sumber: Pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.