Semalam kes dua adik beradik termakan keropok beracun yang digantung di pagar rumah didapati kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Pun begitu, hari ini berita sedih menyelubungi rakyat Malaysia apabila salah seorang daripada adik beradik itu disahkan sudah meninggal dunia.
Artikel berkaitan: 2 Beradik Kritikal Makan Keropok Beracun, Nenek Kesal Tindakan Pemilik Kebun Gantung Makanan Di Tempat Rendah
Artikel berkaitan: “Saya fikir anak-anak” – Ibu Kanak-kanak Mangsa ‘Keropok Beracun’ Belum Terfikir Ambil Tindakan Terhadap Jiran
Menurut laporan Sinar Harian, perkara itu disahkan ibunya, Nurain Hasnorizal dan dia berkongsi anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian berusia 3 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 pagi.
“Betul, anak saya sudah meninggal dunia. Sekarang saya tengah tunggu proses bedah siasat,” katanya sebak.
Sebelum ini, dua beradik Muhammad Akil dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi berusia 2 tahun dilaporkan kritikal selepas makan keropok yang dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kedah.
Difahamkan, dua beradik itu dipercayai mengambil peket keropok yang tergantung di dawai besi pagar mengandungi racun tujuan bagi perangkap monyet.
Sumber: Sinar Harian