in

Kes ‘Cuci’ Duit Haram Babitkan Artis, SPRM Jumpa Wang Tunai RM100,000 Di Rumah Pegawai Polis

Aa 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjumpai wang tunai RM100,000 di dalam sebuah rumah milik salah seorang pegawai polis yang ditahan kelmarin selepas dipercayai terlibat dengan kes ‘cuci’ duit haram perniagaan golongan artis.


A1 2 1

 

Dalam siasatan tersebut, Harian Metro melaporkan beberapa lagi anggota polis ditahan untuk membantu siasatan.

“SPRM menemui wang tunai RM100,000 di rumah salah seorang pegawai yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.”

“Seramai empat pegawai kanan ditahan manakala empat lagi adalah anggota lain-lain pangkat,”

 

Anggota polis kenalan kepada lelaki begelar ‘Datuk’ ditahan

Pada masa yang sama, seorang anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditahan semalam dan dipercayai kenalan kepada lelaki bergelar ‘Datuk’ yang ditahan sebelum ini.

“Dia ditahan tengah hari tadi di IPK Selangor selepas keterangan diambil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman untuk diambil keterangan tentang pembabitannya dalam kumpulan sindiket itu.”

A2 3

 

Terdahulu, media melaporkan wujud kegiatan menggunakan populariti artis untuk menjalankan aktiviti ‘cuci’ duit haram melalui pelbagai usahasama dan perniagaan sah.

Kaedah itu juga dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain mampu mengaut keuntungan hasil kerjasama dalam pelbagai bentuk pelaburan.

Namun, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM berjaya menghidu kegiatan ini sehingga berjaya menahan lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri.

 

Baca: Kes Guna Artis ‘Cuci’ Duit Haram: Dua Pegawai Kanan Dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Ditahan SPRM

Polis Cuci Duit

Sumber: The Vocket

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.