in

Kerugian Bank Komersial Diunjurkan Pada Kadar Rendah, Jika Moratorium Dilanjutkan Secara Menyeluruh – Pakar Ekonomi

Bnm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua sedia maklum bahawa penghujung September ini, moratorium akan berakhir, namun begitu, pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai akui bahawa bank komersial mampu untuk melanjutkan lagi tempoh pengecualian bayaran balik pinjaman bank itu.

Katanya menerusi Berita Harian, kerugian yang bank komersial tanggung diunjurkan pada kadar rendah andai kata moratorium dilanjutkan secara menyeluruh.


 

Peminjam baharu akan berkurangan jika tempoh moratorium dilanjutkan

Katanya lagi, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh bantu mudahkan keperluan deposit, sekali gus meningkatkan kapasiti bank komersial untuk melanjutkan pinjaman.

Nilai Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Institusi Kewangan dianggarkan berjumlah RM25 bilion atau RM50 bilion, jika ia dilanjutkan masing-masing bagi tempoh tiga dan enam bulan.

“Bukan persoalan bank mampu lanjutkan (moratorium) atau tidak, sebaliknya adalah peluang untuk mendapatkan peminjam baharu akan berkurangan jika tempoh moratorium dilanjutkan.”

Bagaimanapun Barjoyai akui bahawa ketidakpastian pihak bank mampu menyerap pinjaman atau tidak. Malah tunggakan tersebut mungkin membuatkan peminjam tidak bayar terus jika ianya dilanjutkan.

Namun begitu, , ia boleh diselesaikan dengan campur tangan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) sebagai penjamin cuma bank perlu memilih peminjam bersesuaian.

Dalam masa yang sama, Barjoyai turut mencadangkan agar peminjam kurang keupayaan membuat pinjaman baharu daripada bank untuk melunaskan beberapa tunggakan. Ia merupakan satu alternatif lain jika moratorium tidak dilanjutkan.

Baginya ia merupakan satu kaedah untuk peminjam selesaikan segala tunggakan tetapi akan memanjangkan tempoh pinjaman sedia ada.

“Selain itu, kerajaan disyor menghapuskan (write off) tunggakan pinjaman bagi individu yang dikenal pasti tidak mempunyai apa-apa kemampuan untuk membayar semula hutang mereka dengan langkah ini wajar dilakukan selepas setahun pasca COVID-19.”

Bagaimanapun, ia hanya membabitkan peminjam betul-betul tidak mampu melangsaikan hutang  dengan kos perlu ditanggung bersama antara bank komersial dan kerajaan.

 

Baca : “Sekaligus mengurangkan ansuran bulanan” – Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Mungkin Dilanjutkan?

Bayaran Balik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.