in

”Kepala terhantuk kuat masa main futsal” – Vokalis Azarra Band Hilang Ingatan

Azarra Band Feature Image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dikenali dengan lagu hits Alalala Sayang vokalis kumpulan Azarra Band, Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz, 32, telah disahkan hilang ingatan.


Menurut my Metro, pemain drum kumpulan itu, Mohd Hairol Azhar atau Boy yang melawatnya di Hospital Sungai Buloh berkata, Ejai sudah boleh mengingati semula kejadian dan orang sekeliling.

“Cuma sekarang dia seperti mengalami gejala ‘short term memory loss’. Dia tahu punca dimasukkan di hospital tetapi selepas lima minit bersembang, dia akan tanya lagi kenapa dia berada di situ,” katanya.

Dalam kejadian itu, Ejai terjatuh ketika bermain futsal dan kepalanya terhantuk.

“Kejadian itu menyebabkan dia langsung tidak dapat mengingati keluarganya. Itu yang menyebabkan dia terus dibawa ke hospital,”

“Doktor pun ada maklumkan, Ejai mungkin akan mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk sembuh sepenuhnya. Saya mohon semua orang mendoakannya supaya dia kembali pulih,” katanya.

Sementara itu di laman IG milik Ejai yang pada kita ini di kelola oleh abangnya meminta kepada semua orang untuk mendoakan kesihatan adiknya itu.

Saya abang kepada ejai aziz , minta semua rakan-rakan yang mengenali adik saya ejai aziz yang kini hilang ingatan akibat terhantuk ketika bermain bola. Kini beliau berada di Hospital Sungai Buloh , dan ingatannya agak kritikal saya harap rakan-rakan yang mengenali beliau doakan semoga ingatan beliau pulih.

Turut bersimpati dengan apa yang berlaku, Harry Khalifah telah meminta orang ramai untuk turut sama-sama mendoakan penyanyi itu agar cepat sembuh.

https://www.instagram.com/p/B3mTzDaB4wE/?utm_source=ig_web_copy_link

Tidak lupa juga ucapan daripada peminat yang turut mendoakan supaya Ejai cepat diberi kesembuhan dan boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Semoga cepat sembuh”

 

Ucapan Peminat
Sumber: instagram
Get Well Soon
Sumber: instagram

Admin juga berharap Ejai cepat sembuh dan boleh lah lepas ni menyanyi lagi

 

Baca: “Macam dalam movie” – Wanita Jatuh Cinta Kali Kedua Dengan Suami Lepas Dua Tahun Hilang Ingatan

Inta Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.