“KENAPA tularkan 15 saat terakhir saja?- Iqram Dinzly Pakai Ala Penari Balet Menari Berlatarkan Lagu Raihan, Peristiwa Subuh?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“KENAPA tularkan 15 saat terakhir saja?- Iqram Dinzly Pakai Ala Penari Balet Menari Berlatarkan Lagu Raihan, Peristiwa Subuh?

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

“Dari awal video itu ada banyak lagi perkara lain yang lebih bermanfaat. Selama lebih sejam saya buat ‘live’, 15 saat terakhir itu juga diambil. Nampak sangat memang sengaja nak fitnah saya.”

 

Bengang dan kecewa! Mungkin itu gambaran yang paling sesuai bagi menjelaskan keadaan pelakon kontroversi, Iqram Dinzly selepas video dia menari berlatar belakangkan lagu Peristiwa Subuh nyanyian kumpulan nasyid Raihan jadi viral baru-baru ini.

Iqram, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin nyata kecewa dengan penularan video tersebut yang menunjukkan sikap warganet yang seolah-olah sengaja mencipta sesuatu perkara hingga mencetuskan fitnah, lapor Harian Metro.

KENAPA tularkan 15 saat terakhir saja? Ada banyak lagi perkara bermanfaat dalam video saya yang berdurasi lebih satu jam itu. Kenapa tak tularkan sekali?”

Video tersebut memaparkan Iqram berpakaian ala penari balet dengan mengenakan skirt berwarna putih dan mengenakan selendang yang menutup kepala dan sebahagian tubuhnya.

Video yang viral itu merupakan sebahagian daripada video live yang dibuat menerusi aplikasi Bigo pada Rabu lalu.

p> 

“Saya lakukannya kerana nak hiburkan sahabat di Bigo Live. Kenapa nak pandang yang buruk saja? Ini jelas menunjukkan, orang kita memang suka tularkan yang buruk saja,”

Katanya segala tohmahan dan kata-kata negatif yang dilemparkan netizen kepadanya susulan daripada penularan video tersebut tetap tidak akan melemahkan dirinya.

“Saya kenal diri saya, tahu apa yang saya buat dan berlaku. Orang nak cakap apa sekalipun, cakaplah.Apa yang pasti, saya tak pernah nak kacau hidup orang lain. Yang masih tak boleh terima cara saya, lantaklah,”

 

Admin no komen, biarlah Iqram dengan cara dia asalkan tak ganggu orang yer dok?

Baca : Tiada apa yang pelik, saya menjadi diri sendiri; Iqram Dinzly Perjelas Aksi Gila di Media Sosial

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.