Baru saja sejuk isu Fathia dan aksi seksanya di aplikasi Bigo Live, kini timbul lagi satu isu melibatkan artis suam-suam kuku, Fara Mendoza. Meskipun jarang muncul di kaca televisyen, nama Fara sering saja menjadi sebutan kerana selalu terlibat dengan pelbagai kontroversi panas.
Terbaru, kecoh apabila pelakon ini telah memuat gambar seksinya di Instagram bersama jutawan kosmetik, Safiey Illias sedang menyambut Tahun Baru 2018 di Pantai Cenang, Langkawi. Dengan memakai sehelai coli kecil berwarna hitam dan galak menari mengikut alunan lagu, dia bersama Safiey telah menerima kutukan pedas daripada netizen.
Antaranya, ada yang meminta Fara untuk berhenti daripada memuat naik gambar sebegitu dan lebih baik murtad kalau tidak mahu menerima hinaan orang ramai atas setiap perlakuannya.
Walau bagaimanapun, menerusi satu entri di Instagram, Fara telah meminta orang ramai untuk berhenti daripada melabel dan menilai dirinya kerana kehidupannya sangat berbeza dengan orang lain. Baginya, adalah lebih baik jikalau orang ramai mendoakan dan memikirkan yang baik-baik tentang dirinya. Hmm…
Tapi macam mana nak fikir baik kalau asyik tayang gambar seksi je?
Menerusi temubual di Utusan Online, Fara juga memberitahu bahawa dia langsung tidak terusik dengan kritikan yang dilemparkan netizen terhadapnya di media sosial.
“Ini adalah diri saya, memang saya berpakaian seksi tetapi saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Saya terima mereka yang cuba memberi nasihat dengan cara yang betul tetapi yang hanya meninggalkan kata-kata kecaman saya harap mereka berhenti sahaja.
“Soal pakaian ini antara saya dengan Tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya,” jelasnya.
Fara juga menambah, dia tidak akan memadam kata-kata nista yang dilemparkan ke Instagram atau block sesiapa yang menyakitkan hatinya. Malah dia memilih untuk membiarkan sahaja kerana ini adalah pilihan mereka untuk tidak mengikutinya jika mereka tidak sukakannya.
Gitew ye… kalau korang pedih mata lihat pelakon ini di Instagram, eloklah unfollow saja. Tak perlu pening-pening kepala. Kita doakan je lah mereka kembali ke pangkal jalan.
Baca: “Saya jarang pakai baju dedah tubuh” – Kilafairy Tak Suka Dilabel Sebagai Simbol Seks