in

“Kenapa tak boleh respek penghijrahan saya?” – Pelakon Masih Diganggu Golongan Sejenis

Ardell Aryana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari hari ke hari semakin ramai pelakon wanita Islam di Malaysia yang mula terbuka hati untuk membuat perubahan dengan memakai tudung. Permulaan baru dalam hidup mereka pastinya dihujani pelbagai kata-kata kurang enak yang tidak dapat dielak.


Baru-baru ini, seorang pelakon meluahkan kekecewaan kerana ada pihak yang tidak menghormati penghijrahannya sehinggakan terdapat golongan sejenis yang masih berani mengganggu hidupnya.

F
sumber: instagram

Menurut Malaysian Digest, pelakon Ardell Aryana menyatakan kekesalan kerana terdapat pihak yang menuduhnya mengenakan imej bertudung untuk menutup segala kontroversi yang pernah melandanya sebelum ini.

“Walaupun apapun yang saya katakan atau jelaskan, sehingga kini masih ada yang kata saya bertudung sebab nak menutup mulut-mulut orang yang gelarkan saya pengkid atau lesbian sebelum ini.”

Ardell menepis tuduhan itu dan memberitahu bahawa orang lain tidak berada di tempatnya dan tidak mengetahui apa yang telah dilalui. Dia juga mengaku sebelum ini pernah mengelak untuk memberikan komen tentang perkara-perkara sebegini namun kini tidak lagi.

Aa3
sumber: instagram

Selain itu, pelakon drama Cinta Hati Batu ini berkata akibat tohmahan yang dihamburkan kepadanya, dia hingga kini diganggu golongan sejenis yang selamba menghantar direct message di Instagram untuk menarik perhatiannya.

“Jujurnya saya rasa sangat kecewa dan tertanya-tanya kenapa mereka tidak boleh respek penghijrahan saya, malah masih berterusan menganggu saya dengan perkara-perkara sebegini.”

Pelakon berusia 28 tahun ini juga akui kehilangan banyak tawaran berlakon serta teman rapat pada awal penghijrahan kerana mereka tidak dapat menerima perubahannya yang drastik. Walaupun begitu, dia memanjatkan kesyukuran kerana berjaya melalui cabaran tersebut dan berpegang teguh dengan pendiriannya yang berubah kerana Allah dan bukan sebab lain.

Semoga Ardell Aryana tabah hadapi onak duri dalam mencari jalan Allah.

Baca: “Kesian Tun tanggung dosa” – Gambar Sweet Tun Mahathir dan Isteri Dicemari Komen ‘Pakai Tudung’

Aa1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.