in

“Kenapa banyak sangat kes macam ni?” – 10 Remaja Didakwa Merogol

Rogol

Apa nak jadilah dengan budak-budak sekarang. Makin lama makin advance masing-masing!

Sekarang ni tengoklah, dah sampai tahap pandai merogol orang!

Dalam kejadian yang berlaku pada bulan lepas, seorang pelajar Tingkatan 1 telah dirogol oleh 10 remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun di sebuah rumah kosong dan beberapa lokasi lain di Kamunting, Taiping, Perak.

 

Berdasarkan laporan mangsa, kes pertama berlaku di Taman Tasik Taiping

Berdasarkan laporan, kes pertama berlaku pada jam 11 pagi pada 18 September lalu apabila mangsa ke Taman Tasik Taiping sebelum dibawa ke rumah seorang lelaki dikenali sebagai Deng, di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting.

Semasa di rumah tu, mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lagi remaja lelaki termasuk Paan dan yang lain-lain dikenali sebagai Apiz, Razin, Shahrul, Acap, Boya, Yunus dan seorang lagi yang tidak dikenali.
Rogol Kosmo 1
sumber: kosmo

Kejadian dipercayai berlaku sebanyak tiga kali di lokasi berlainan setiap satu daripadanya.

Aduh, kenapa sampai macam ni sekali ye?

Netizen pun terkejut dengan kejadian ni sebab mereka yang dituduh ni boleh dikategorikan sebagai masih di bawah umur.

Rogol Komen 1
sumber: twitter
Rogol Komen 2
sumber: twitter
Rogol Komen 3
sumber: twitter
Rogol Komen 4
sumber: twitter

Semua tertuduh dikenakan jaminan bersyarat iaitu tak dibenarkan mendekati mangsa

Menurut Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Nor Rasyidah M. Nadzri, seorang tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan manakala dua tertuduh didakwa dengan dua pertuduhan dan tujuh lagi berdepan satu pertuduhan.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebatan.

Rogol Kosmo
sumber: kosmo

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka secara tertutup.

Semua tertuduh juga dikenakan jaminan bersyarat iaitu tak dibenarkan mendekati dan mengganggu mangsa sepanjang prosiding hingga kes berkenaan selesai.

Tapi dalam hal ni, siapa yang bersalah sebenarnya? Kenapa mereka boleh jadi sampai macam ni? Salah ibu bapa, cikgu atau masyarakat?

Baca: Gadis 15 Tahun Dipukul & Gantung Sampai Mati Sebab Melawan Ketika Cuba Dirogol

Rogol Gadis